Bangkitlah Wahai Mahasiswa
1:26 PM | Author: IsLaM uNiTe
Dalam era globalisasi kini, sebagai seorang yang sudah digelar mahasiswa, kita seharusnya peka dengan perubahan sekeliling samada dari segi ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Walaubagaimanapun, ramai mahasiswa yang semakin lama semakin jumud dengan perubahan dunia sehingga mengasingkan diri mereka dengan segala bentuk permasalahan mahupun perubahan global dengan hanya duduk dikaca meja untuk belajar dan melaksanakan aktiviti hanya berada diruang lingkup university sahaja.

Walaupun sehingga kini permasalahan ini berlaku, ada juga diantara mahasisiwa yang melibatkan diri dengan perubahan politik, agen konsultant, promoter di syarikat berdekatan, prostaz, dan lain-lain. Ini merupakan satu 'starting point' atau permulaan awal bagi seseorang mahasiswa untuk belajar berkenaan dengan pengurusan program, melatih diri menjadi pemimpin malah menggiatkan diri untuk merasakan bebanan yang dialami masyarakat luar. Saya terkilan kerana dewasa kini, mahasiswa lebih menumpukan aspek akademik melebihi perubahan arus global luar. Tambahan pula, Mahasiswa berasa lebih takut dengan tindakan yang bakal dikenakan oleh pihak unversity yang selalu mengenakan ugutan akta AUKU yang mengharamkan keterlibatan mahasiswa secara terus dengan NGO yang bersifat kebajikan rakyat di luar university.

Tindakan yang sekian lama menjadi ancaman kepada mahasiswa berjaya melahirkan mahasiswa yang lembap dan tidak berpotensi dalam setiap bidang yang mereka pelajari. Mereka diibarat sebagai robot untuk melaksanakan seseuatu yang telah diprogramkan didalam minda mereka. Tugasan menuntut ilmu merupakan proses yang berterusan malah harus dipelbagaikan untuk melahirkan mahasiswa yang kreatif dan inovatif dalam segala bidang. Lebih-lebih lagi, mahasiswa harus sedar bahawa mereka merupakan khazanah negara yang penuh dengan ilmu dan pengalaman. Pada masa permulaan masyarakat melayu, mahasiswa disanjung tinggi oleh masyarakat kerana mereka yang menegakkan isu Baling yang dirahsiakan oleh kerajaan malah mereka menjadi agen masyarakat untuk menjana perubahan dalam rangka pentadbiran negara yang corapt.

Kini, mahasiswa lebih suka berada dibilik untuk menuntut ilmu akademik daripada bergiat untuk masyarakat. Mereka umpama pelajar sekolah menengah yang ingin mencapai 9 atau 20 A dalam akademik. Mereka menjadi penakut dan lemah dalam setiap hal kehidupan. Tambahan juga, kini nama mahasiswa tidak dijulang tinggi seperti mahasiswa pada masa lalu. Mahasiswa era 20-an kini gagal mencorakkan masyarakat yang sering digelumang dengan propaganda dunia, penipuan usahawan yang kaya, janji wakil rakyat yang tidak akan terlaksana dan hasut menghasut sesama sendiri.

Seharusnya, mahasiswa mestilah menjadi pemangkin negara menghasilkan perubahan. Ilmu yang dituntut perlulah dipelbagaikan malah mahasisawa seharusnya giat melayari internet mencari sumber maklumat dunia yang sahih dengan mengenepikan fitnah mulut manusia yang tidak tahu betulnya. Lebih-lebih lagi, mahasiswa seharusnya menyuarakan luahan masyarakat melalui memorandum, ceramah terbuka, pidato umum, penulisan blog ataupun risalah dan lain-lain demi merialisasikan hasrat masyarakat tempatan mahupun luar negara untuk berubah. Banyak cara boleh mahasiswa pelajari dan laksanakan untuk masyarakat.

Kekuatan pada mahasiswa muslim adalah pegangan akidahnya. Akidah yang mengikat perhubungan antara manusia dengan pencipta menjadikan seseorang mahasiswa susah untuk lari dari masalah yang berlaku. Allah menetapkan ilmu, hukum, cara ad-deen yang begitu sempurna didalam Al-Quran dan As-Sunnah untuk dijadikan satu 'Dustur' perlembagaan bagi muslim dunia. Mahasiswa seharusnya menggunakan sumber ini dengan sebaiknya dan menjadikan ia sebagai satu kitab yang hakiki dalam kehidupan seseorang mahasiswa. Kecemerlangan ummah pada zaman Rasulullah adalah pada pegangan akidahnya. Mereka memenangi peperangan bukan hanya disebabkan kekuatan jasad sahaja tetapi kekuatan rohani kepada Allah hasil daripada amalan rohani mereka laksanakan untuk Allah swt.
Oleh yang demikian, mahasiswa seharusnya bangkit mengubah arus dunia yang lari dari fitrah islamiyyah. Mahasiswa adalah golongan pemuda pemudi islam yang mempunyai kekuatan dalam semua aspek untuk menggerakkan negara. Walhal, mahasiswa seharusnya berjiwa saing untuk menghasilkan yang terbaik demi kedaulatan islam dibumi Allah swt.
|
This entry was posted on 1:26 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

TaZkIrAH :

Allah Ta'ala berfirman:

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, supaya hati mereka itu khusyu' untuk mengingat-ingat kepada Allah dan kebenaran yang turun kepada mereka itu - yakni al-Quran. Janganlah mereka itu berkeadaan yang serupa dengan orang-orang yang telah diberi kitab-kitab pada masa dahulu - sebelum mereka, tetapi mereka telah melalui masa yang panjang, kemudian menjadi keraslah hati mereka tersebut - yakni enggan menerima kebenaran." (al-Hadid: 16)