Assalamualaikum semua. Disini ingin saya berkongsi pendapat tentang budaya atau 'Trend' masyarakat kini yang suka memanupulasikan fakta dalam setiap aspek kehidupan. Dewasa kini, masayarakat Malaysia mampu mencapai satu tahap perkembangan intelektual hasil daripada pendidikan yang berterusan semasa diperingkat umur yang muda mahupun tua. Perkembangan intelektual ini disebabkan variasinya sistem maklumat dunia yang mudah didapati melalui sumber buku-buku, internet, akhbar malah sumber intelektual juga diperolehi dengan hanya berbual kosong dengan rakan-rakan luar dan dalam Malaysia. Ini merupakan satu perubahan globalisasi dalam hidup masyarakat Malaysia yang menjadikan dunia tanpa sempadan.

Walaubagaimanapun, terdapat juga permasalahan yang kritikal hasil daripada perkembangan budaya intelektual ini. Ramai diantara cendikiawan yang hebat berpangkat proffessor, Dr, Ir dan lain-lain telah memanupulasikan fakta dengan mudah tanpa perlu merujuk kepada sumber-sumber yang sahih sebagai sandaran kepada pendapat mereka. Mereka yang melakukan perubahan ini bertopengkan kejahatan yang nyata. Symptom maklumat tanpa tapisan ini mampu mengakibatkan rakyat biasa yang tidak mempunyai sebarang kelulusan percaya tanpa ragu-ragu atas penyataan yang salah daripada pihak yang berkelulusan ini. Dibimbangkan juga, kebanyakan mereka yang memanupulasikan fakta ini berniat demi kepentingan diri, mencuri perhatian masyarakat, menyebarkan fahaman baru yang lari dari Al-Quran dan As-Sunnah, mencetuskan permasalahan yang lebih besar daripada biasa dan menjadi perisik untuk menghancurkan negara.

Islam mensyariatkan umatnya untuk menunaikan ibadah-ibadah khusus seperti solat, zakat dan lain-lain mengikut garis panduan dan ikutan daripada baginda Rasulullah saw. Tetapi, umat zaman sekarang yang mempunyai taraf intelektual yang tinggi memanipulasikan fakta yang sedia ada seperti mengatakan bahawa setiap 1 hari berpuasa pada bulan ramadhan mempunyai fadhilat-fadhilatnya yang tertentu, Tok kadi mempermainkan hukum sah dan tidak sah sesuatu perkahwinan, masjid ditutup atas alasan gangguan dan sebagainya, permainkan kaedah awlawiyat dalam agama mengikut marqasid syariah, tidak meletakkan hukum syariat islam yang tertinggi berbanding dengan perundangan lain, kaedah jual beli dan perbankan sekarang dan macam-macam lagi pendapat yang dilontarkan. Adakah ia merupakan satu ijtihad yang tinggi dan betul? mengikut Al-Quran dan As-Sunnah? perlu kita fikirkan secara konsisten dan berujukan.
Banyak kemungkinan besar yang boleh dianggarkan terhadap mereka. Mereka yang memanupulasikan fakta berkebolehan juga untuk memansuhkan sumber primer yang sedia ada. Golongan ini juga mampu menukarkan sistem pentadbiran islam kepada sistem yang berkepentingan sendiri mahupun kepada sistem undang-undang yang kontroversi tidak selaras dengan syariat islam. Gejala memanupulasikan fakta ini sudah merebak luas kemerata dunia. Walaupun demikian, Ramai orang lebih mengiktirafkan orang yang berkelulusan tinggi dalam akademik lebih daripada mengutamakan sumber priimer yang paling penting untuk dijadikan hujjah mahupun sandaran lain iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Tindakan ini lari dari apa yang diajar oleh baginda Rasulullah saw agar berpegang kepada sumber primer ini. Bagi umat islam, kita mempunyai sumber primer dan sekunder. Sumber sekunder kita adalah pendapat ijma' ulama' dan qias. Oleh yang demikian, umat islam hanya perlu bergantung kepada kedua-dua sumber ini bagi mengelakkan salah paham golongan yang cuba memanupulasikan fakta.

Tambahan juga, apabila sistem maklumat kita dimanupulasikan, masyarakat tidak lagi mengamalkan sistem Allah yang syumul malah lebih berpaksikan sistem manusia yang rakus dan hina. Allah telah menurunkan Al-Quran dengan selengkapnya tanpa sebarang kecacatan yang perlu diperbahaskan. Malah sistem 'Sunnatullah' ini diperjelaskan dengan akhlak baginda Rasulullah saw yang dicatat dalam hadis dan sirah.Walaubagaimanapun, Keengganan manusia menerima dua sumber ini mengakibatkan dunia akan mundur dengan ilmu, berlaku budaya yang bebas tanpa sempadan, permusuhan dan pergaduhan kerana merebut kepentingan diri, sistem ekonomi, politik, sosial yang korup dan tidak berguna. Malah, masyarakat akan berada dalam kesesatan yang nyata disebabkan oleh hidup tidak lagi dibimbing oleh pengetahuan Allah swt.

Oleh yang demikian, seharusnya kita umat islam menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sandaran terhadap semua ilmu dan pendapat yang kita pelajari. Pendapat yang kontroversi dan lari dari perspektif islam wajiblah ditolak. Langkah ini mampu membimbing kita untuk sentiasa berada dalam mardhatillah dan sikap tawadu' dengan ilmu Allah yang cantik dan indah ini. Wallahualam.
Luangkan Masa Cuti Anda...
12:50 AM | Author: IsLaM uNiTe
Assalamualaikum dan selamat bertemu lagi... Alhamdulillah selesai sudah peperiksaan akhir semester kita semua.. semoga segala bentuk usaha yang telah kita curahkan bersama mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada Allah swt. Sungguh tidak disangka kita bagi pelajar University Teknikal Malaysia Melaka akan bercuti selama 2 bulan selepas ini. Bagi pelajar tahun tiga pula, akan menduduki sesi L.I(latihan industri) yang berlangsung awal bulan 12 ini. Tambahan juga, sesi L.I yang diwawarkan ini bakal menguji sejauh mana ilmu dan praktikality pembelajaran software, hardware, teori-teori untuk diaplikasikan semasa proses pekerjaan nanti. Dalam sesi ini juga ditekankan agar semua pelajar tahun 3 seluruh IPTA untuk:
  1. Mengemaskini semua "Input" yang telah diperolehi semasa kuliah semester 1 sehingga semester 5. "Output" yang dihasilkan diaplikasikan dalam pengendalian mesin dan sebagainya.
  2. Melaksanakan kerja-kerja dengan tekun dan amanah. Syarikat cuma mementingkan "Quality" disamping penampilan dan pemikiran "4 flat" yang dihasilkan oleh pekerja mereka.
  3. Menjaga tuntutan "24434(solat)" bagi pelajar muslim. Solat adalah "key of success" yang menjadi pegangan utama umat islam. Dengan solat lah manusia diajar beriman dan bertaqwa pada Allah yang Maha Esa.
Manakala pula, bagi siswa dan siswi yang tidak mengikuti kursus latihan industri ini mempunyai masa yang banyak untuk diluangkan. Mereka seharusnya memenuhi tuntutan fardu ain terhadap Allah dengan istimrarnya "berterusan dan terus berterusan" tanpa jemu dan bersemangat. Digalakkan bagi siswazah untuk:
  1. Menjaga tuntutan amal fardi "amalan ibadah secara sendiri" dengan berpuasa, qiamullail dengan kerap, mendengar risalah islam di internet, ceramah dan lain-lain.
  2. Membantu ibubapa dirumah. Menjadi tanggungjawab bagi semua anak-anak baik lelaki ataupun perempuan untuk menjaga kedua ibubapa mereka ketika ibubapa dalam keadaan susah dan senang.
  3. Melaksanakan beberapa jenis hobi yang mampu dilaksanakan. Hobi-hobi ini mampu membantu kita untuk menambah ilmu, pengalaman dan malah membantu kita untuk menghilangkan bosan yang dilalui semasa dirumah.
Sekiranya kita mempunyai tugasan yang tersendiri, maka laksanakan lah ia dengan penuh khusyuk dan baik. Sentiasa memperbetulkan niat dari hari ke hari agar niat kita sering didorong dengan ilmu dan keimanan kepada Allah. Semoga percutian yang bakal dihadapi menjadi intipati kepada kita untuk lebih mengabdikan diri kepada Allah dan seterusnya meletakkan kita dikalangan orang yang soleh dan solehah. insyaallah.wallahualam.


Dilema Study... Mahu Rahsia Kejayaan??
1:17 AM | Author: IsLaM uNiTe

Selamat menempuh peperiksaan akhir semester kepada semua para sahabat di setiap University diserata Malaysia.

10 Tips memperoleh kejayaan dalam peperiksaan:
  1. Memperbetulkan niat sebelum memulakan ulangkaji pelajaran supaya segala tingkah laku dan amalan yang kita lakukan mendapat keredhaan daripada Allah swt.
  2. Tidak meninggalkan amalan ibadah fardu dan sunat seperti solat, puasa kerana segala bentuk rezeki adalah hak milik Allah.
  3. Sentiasa bersedia dari aspek bahan bacaan kerana persediaan bacaan membenarkan kita merujuk teori atau pengiraan didalam bahan bacaan yang lain untuk mengelakkan kebuntuan dalam mengulangkaji.
  4. Mengamalkan konsep study group 2 hari sebelum peperiksaan bermula kerana baki selepas study group digunakan untuk meng'refresh'kan semula segala perbincangan yang dibuat.
  5. Mendapat tidur dan makan yang mencukupi kerana makanan yang seimbang dan tidur yang mencukupi memudahkan pergerakan mental dan fizikal.
  6. Menjaga kekemasan diri serta berwudu' setiap kali mengulangkaji pelajaran.
  7. Memberitahu ibubapa tentang jadual peperiksaan anda supaya ibubapa kita dapat mendoakan kejayaan kita dalam menjawab peperiksaan.
  8. Meminta maaf kepada semua rakan-rakan dan para pensyarah terlebih dahulu sebelum bermula peperiksaan kerana setiap titik dosa dalam hati mengurangkan keberkatan ilmu yang dipelajari.
  9. Tidak melakukan perkara keji dan munkar kerana ia boleh mengakibatkan ilmu didada hilang dengan senang serta kurang kecekapan berfikir.
  10. Mengamalkan konsep usaha dan tawakal kerana setiap kejayaan bermula dengan usaha dan akhir dengan doa @ tawakal.
Oleh yang demikian, semoga segala usaha yang dilaksanakan mendapat bantuan daripada Allah swt dan segala usaha diberkatiNya. Ilmu merupakan suatu yang wajib untuk dituntut tidak kira muda atau tua. Jangan la kita menyangka bahawa menuntut ilmu merupakan perkara yang sementara kerana ilmu itu banyak dan dituntut secara berterusan sehingga kita kembali keliang lahad. wallahualam. wasalam.

TaZkIrAH :

Allah Ta'ala berfirman:

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, supaya hati mereka itu khusyu' untuk mengingat-ingat kepada Allah dan kebenaran yang turun kepada mereka itu - yakni al-Quran. Janganlah mereka itu berkeadaan yang serupa dengan orang-orang yang telah diberi kitab-kitab pada masa dahulu - sebelum mereka, tetapi mereka telah melalui masa yang panjang, kemudian menjadi keraslah hati mereka tersebut - yakni enggan menerima kebenaran." (al-Hadid: 16)