Luangkan Masa Cuti Anda...
12:50 AM | Author: IsLaM uNiTe
Assalamualaikum dan selamat bertemu lagi... Alhamdulillah selesai sudah peperiksaan akhir semester kita semua.. semoga segala bentuk usaha yang telah kita curahkan bersama mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada Allah swt. Sungguh tidak disangka kita bagi pelajar University Teknikal Malaysia Melaka akan bercuti selama 2 bulan selepas ini. Bagi pelajar tahun tiga pula, akan menduduki sesi L.I(latihan industri) yang berlangsung awal bulan 12 ini. Tambahan juga, sesi L.I yang diwawarkan ini bakal menguji sejauh mana ilmu dan praktikality pembelajaran software, hardware, teori-teori untuk diaplikasikan semasa proses pekerjaan nanti. Dalam sesi ini juga ditekankan agar semua pelajar tahun 3 seluruh IPTA untuk:
  1. Mengemaskini semua "Input" yang telah diperolehi semasa kuliah semester 1 sehingga semester 5. "Output" yang dihasilkan diaplikasikan dalam pengendalian mesin dan sebagainya.
  2. Melaksanakan kerja-kerja dengan tekun dan amanah. Syarikat cuma mementingkan "Quality" disamping penampilan dan pemikiran "4 flat" yang dihasilkan oleh pekerja mereka.
  3. Menjaga tuntutan "24434(solat)" bagi pelajar muslim. Solat adalah "key of success" yang menjadi pegangan utama umat islam. Dengan solat lah manusia diajar beriman dan bertaqwa pada Allah yang Maha Esa.
Manakala pula, bagi siswa dan siswi yang tidak mengikuti kursus latihan industri ini mempunyai masa yang banyak untuk diluangkan. Mereka seharusnya memenuhi tuntutan fardu ain terhadap Allah dengan istimrarnya "berterusan dan terus berterusan" tanpa jemu dan bersemangat. Digalakkan bagi siswazah untuk:
  1. Menjaga tuntutan amal fardi "amalan ibadah secara sendiri" dengan berpuasa, qiamullail dengan kerap, mendengar risalah islam di internet, ceramah dan lain-lain.
  2. Membantu ibubapa dirumah. Menjadi tanggungjawab bagi semua anak-anak baik lelaki ataupun perempuan untuk menjaga kedua ibubapa mereka ketika ibubapa dalam keadaan susah dan senang.
  3. Melaksanakan beberapa jenis hobi yang mampu dilaksanakan. Hobi-hobi ini mampu membantu kita untuk menambah ilmu, pengalaman dan malah membantu kita untuk menghilangkan bosan yang dilalui semasa dirumah.
Sekiranya kita mempunyai tugasan yang tersendiri, maka laksanakan lah ia dengan penuh khusyuk dan baik. Sentiasa memperbetulkan niat dari hari ke hari agar niat kita sering didorong dengan ilmu dan keimanan kepada Allah. Semoga percutian yang bakal dihadapi menjadi intipati kepada kita untuk lebih mengabdikan diri kepada Allah dan seterusnya meletakkan kita dikalangan orang yang soleh dan solehah. insyaallah.wallahualam.


|
This entry was posted on 12:50 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

On November 20, 2008 at 6:42 PM , Anonymous said...

Assalamualaikum. Terima kasih sautulengenieer kerana menulis lagi. Saya amat suka memberi pandangan hasil tulisan orang lain.

Sebenarnya banyak yang boleh dipelajari waktu cuti..gunakan masa yang ada sebaiknya..

Saya beri contoh bagi sesiapa yang ingin menambah pendapatan:(cadangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang)

1. Berniaga - bagi yang berkebolehan dan berkemahiran memasak khususnya muslimat, ambil peluang tambah pendapatan (bagi yang berkelapangan). Keuntungan jualan makanan biasanya 100% dan kadangkala lebih. Muslimin pun boleh buat. Ada sahabat saya duduk universiti, sibuk juga sana sini ikut program tapi komited berniaga. Hasil jualan hot dog selama 5 bulan, keuntunagn setiap bulan RM 1500.00, dia dah ada motor baru, beli cash. Tak percaya, anda pun boleh cuba. AZAM HARUS KUAT.

Bagi yang muslimat, boleh jual nasi lemak, mee, mihun, kuih muih, air. Mungkin ada yang malu nak menjual.. tapi ketahui rahsia jutawan senyap.. boleh rujuk buku Chef Li tajuk 'Jutawan Senyap'.

2. Jadi wakil insuran (takaful) yang halal dari segi syaraknya. Modal hanya RM 50.00 untuk ambil periksa.. dan kalau rajin bekerja pasti banyak untungnya.. duit sentiasa masuk dalam akaun.. Ada sahabat saya yang duduk di universiti sekarang, dah pakai Waja hasil usaha jual nasi lemak, dan jadi wakil takaful. Duit universiti, yuran, makan dan sebagainya guna duit sendiri.. Sahabat-sahabat kan ramai yang pandai bercakap.. tidak susah kalau benar-benar tekad cari duit waktu belajar.

Mungkin kita harus fikir, sampai bila nak minta father and mother (fama) punya duit..betul tak? Terpulang mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing.

Andaikata lepas grad, tak de kerja.. jadi agen takaful.. insyaAllah senang. janji komited dan rajin.. Duit yang dapat boleh guna untuk ke program, bersedekah, buat amal jariah.Betul tak?(jangka panjang)

3. Sahabat-sahabat juga boleh ikuti kursus-kursus menarik dari HPA Industries.. basic, perlu jadi ahli. RM 20.00 je. Setiap barang pun dapat less bagi ahli. Lagi pun barangan HPA bagus-bagus. Orang kita (Islam) juga yang buat.. of course orang core dalam bioteknologi.=)

Ada banyak program yang boleh diikuti, antaranya:
-Kelas bagaimana nak tingkatkan pasaran
-Bekam (ikut kelas, boleh buat perubatan kat tempat sendiri bila dah balik kawasan). Buat kebajikan pun ya, beramal pun ya, untung pun ya. Ingin tahu lebih lanjut, perlu cari maklumat dari internet dan sumber-sumber lain =)
-Lain-lain perlu rujuk sndiri di laman web tersebut.

Itu saja setakat ini, sehingga berjumpa lagi.

Wallahu 'alam

 
On November 24, 2008 at 9:26 PM , IsLaM uNiTe said...

Alhamdulillah. Terima kasih kepada pembaca yang mencurahkan idea untuk kita hadam bersama. banyak cara usaha yang boleh dibuat untuk mengisi masa cuti siswazah kali ini.

Apa yang diperkatakan diatas sungguh bernas bagi kita untuk menambahkan dana diri dan perbaiki ekonomi keluarga atau institusi yang kita duduki. Tambahan juga, disamping menambah sumber ekonomi diri, siswazah juga berkebolehan untuk mempelajari ilmu-ilmu agama islam disamping mempraktikkan ilmu tersebut melalui usrah yang dibentuk bersama adik-beradik mahupun rakan-rakan yang berdekatan.

Implimentasi usaha dan doa yang berterusan dalam mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah mampu membentuk budaya usaha sama yang berterusan dalam individu masyarakat malah menjana IQ dan EQ siswazah untuk lebih kehadapan.

wallahualam.

 

TaZkIrAH :

Allah Ta'ala berfirman:

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, supaya hati mereka itu khusyu' untuk mengingat-ingat kepada Allah dan kebenaran yang turun kepada mereka itu - yakni al-Quran. Janganlah mereka itu berkeadaan yang serupa dengan orang-orang yang telah diberi kitab-kitab pada masa dahulu - sebelum mereka, tetapi mereka telah melalui masa yang panjang, kemudian menjadi keraslah hati mereka tersebut - yakni enggan menerima kebenaran." (al-Hadid: 16)