Assalamualaikum semua. Disini ingin saya berkongsi pendapat tentang budaya atau 'Trend' masyarakat kini yang suka memanupulasikan fakta dalam setiap aspek kehidupan. Dewasa kini, masayarakat Malaysia mampu mencapai satu tahap perkembangan intelektual hasil daripada pendidikan yang berterusan semasa diperingkat umur yang muda mahupun tua. Perkembangan intelektual ini disebabkan variasinya sistem maklumat dunia yang mudah didapati melalui sumber buku-buku, internet, akhbar malah sumber intelektual juga diperolehi dengan hanya berbual kosong dengan rakan-rakan luar dan dalam Malaysia. Ini merupakan satu perubahan globalisasi dalam hidup masyarakat Malaysia yang menjadikan dunia tanpa sempadan.

Walaubagaimanapun, terdapat juga permasalahan yang kritikal hasil daripada perkembangan budaya intelektual ini. Ramai diantara cendikiawan yang hebat berpangkat proffessor, Dr, Ir dan lain-lain telah memanupulasikan fakta dengan mudah tanpa perlu merujuk kepada sumber-sumber yang sahih sebagai sandaran kepada pendapat mereka. Mereka yang melakukan perubahan ini bertopengkan kejahatan yang nyata. Symptom maklumat tanpa tapisan ini mampu mengakibatkan rakyat biasa yang tidak mempunyai sebarang kelulusan percaya tanpa ragu-ragu atas penyataan yang salah daripada pihak yang berkelulusan ini. Dibimbangkan juga, kebanyakan mereka yang memanupulasikan fakta ini berniat demi kepentingan diri, mencuri perhatian masyarakat, menyebarkan fahaman baru yang lari dari Al-Quran dan As-Sunnah, mencetuskan permasalahan yang lebih besar daripada biasa dan menjadi perisik untuk menghancurkan negara.

Islam mensyariatkan umatnya untuk menunaikan ibadah-ibadah khusus seperti solat, zakat dan lain-lain mengikut garis panduan dan ikutan daripada baginda Rasulullah saw. Tetapi, umat zaman sekarang yang mempunyai taraf intelektual yang tinggi memanipulasikan fakta yang sedia ada seperti mengatakan bahawa setiap 1 hari berpuasa pada bulan ramadhan mempunyai fadhilat-fadhilatnya yang tertentu, Tok kadi mempermainkan hukum sah dan tidak sah sesuatu perkahwinan, masjid ditutup atas alasan gangguan dan sebagainya, permainkan kaedah awlawiyat dalam agama mengikut marqasid syariah, tidak meletakkan hukum syariat islam yang tertinggi berbanding dengan perundangan lain, kaedah jual beli dan perbankan sekarang dan macam-macam lagi pendapat yang dilontarkan. Adakah ia merupakan satu ijtihad yang tinggi dan betul? mengikut Al-Quran dan As-Sunnah? perlu kita fikirkan secara konsisten dan berujukan.
Banyak kemungkinan besar yang boleh dianggarkan terhadap mereka. Mereka yang memanupulasikan fakta berkebolehan juga untuk memansuhkan sumber primer yang sedia ada. Golongan ini juga mampu menukarkan sistem pentadbiran islam kepada sistem yang berkepentingan sendiri mahupun kepada sistem undang-undang yang kontroversi tidak selaras dengan syariat islam. Gejala memanupulasikan fakta ini sudah merebak luas kemerata dunia. Walaupun demikian, Ramai orang lebih mengiktirafkan orang yang berkelulusan tinggi dalam akademik lebih daripada mengutamakan sumber priimer yang paling penting untuk dijadikan hujjah mahupun sandaran lain iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Tindakan ini lari dari apa yang diajar oleh baginda Rasulullah saw agar berpegang kepada sumber primer ini. Bagi umat islam, kita mempunyai sumber primer dan sekunder. Sumber sekunder kita adalah pendapat ijma' ulama' dan qias. Oleh yang demikian, umat islam hanya perlu bergantung kepada kedua-dua sumber ini bagi mengelakkan salah paham golongan yang cuba memanupulasikan fakta.

Tambahan juga, apabila sistem maklumat kita dimanupulasikan, masyarakat tidak lagi mengamalkan sistem Allah yang syumul malah lebih berpaksikan sistem manusia yang rakus dan hina. Allah telah menurunkan Al-Quran dengan selengkapnya tanpa sebarang kecacatan yang perlu diperbahaskan. Malah sistem 'Sunnatullah' ini diperjelaskan dengan akhlak baginda Rasulullah saw yang dicatat dalam hadis dan sirah.Walaubagaimanapun, Keengganan manusia menerima dua sumber ini mengakibatkan dunia akan mundur dengan ilmu, berlaku budaya yang bebas tanpa sempadan, permusuhan dan pergaduhan kerana merebut kepentingan diri, sistem ekonomi, politik, sosial yang korup dan tidak berguna. Malah, masyarakat akan berada dalam kesesatan yang nyata disebabkan oleh hidup tidak lagi dibimbing oleh pengetahuan Allah swt.

Oleh yang demikian, seharusnya kita umat islam menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sandaran terhadap semua ilmu dan pendapat yang kita pelajari. Pendapat yang kontroversi dan lari dari perspektif islam wajiblah ditolak. Langkah ini mampu membimbing kita untuk sentiasa berada dalam mardhatillah dan sikap tawadu' dengan ilmu Allah yang cantik dan indah ini. Wallahualam.
|
This entry was posted on 9:23 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

TaZkIrAH :

Allah Ta'ala berfirman:

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, supaya hati mereka itu khusyu' untuk mengingat-ingat kepada Allah dan kebenaran yang turun kepada mereka itu - yakni al-Quran. Janganlah mereka itu berkeadaan yang serupa dengan orang-orang yang telah diberi kitab-kitab pada masa dahulu - sebelum mereka, tetapi mereka telah melalui masa yang panjang, kemudian menjadi keraslah hati mereka tersebut - yakni enggan menerima kebenaran." (al-Hadid: 16)