Kisah Pemuda Beribu bapakan Babi
7:55 PM | Author: IsLaM uNiTe

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.

Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah. Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL

Ana lihat kini tertumanya dipasar malam atau shopping Mall sudah mula menjual barangan tiruan dan barangan yang tidak halal. Ini merisaukan ana selaku umat islam yang menetap di Malaysia ini. Bila meronda disekitar kawasan kuala lumpur terutama di Lowyat atau di Sg Wei, banyak barangan original diciplak dan dijual oleh warga Malaysia sendiri. Antara barangan tiruan yang dijumpai adalah Jam, tali pinggang, perhiasan, jenama pakaian dan lain-lain lagi dijual dengan harga yang rendah dan barangan tiruan tersebut sama sifatnya dengan barangan original. Apa hajat mereka sebenar dalam meniru barangan-barangan jenama ini?

Ini baru soal barangan tiruan yang berbentuk perhiasan. Bagaimana pula dengan barangan produk makanan ataupun kesihatan? Kini, banyak produk makanan, kecantikan dan kesihatan mengandungi unsur "Babi" yang mengharamkan umat islam untuk mengambilnya. Tetapi masih kurang umat islam yang peka akan produk yang mereka ambil. Ada yang mengatakan bahawa tidak perlu memandang kepada isi kandungan barangan tersebut, tetapi pandang pada keberkesanannya dari pelbagai aspek dan memuaskan hati pengguna sendiri. Bila kita belajar mengenai islam dengan lebih lanjut, kita akan memahami bahawa islam amat mementingkan aspek kesihatan "nyawa dan akal" terhadap individu tersebut. Tidak boleh bagi kita menerima produk yang bertentangan dengan ajaran islam sendiri.

Mengkaji dari sudut meniru barangan orang lain. Adakah ia betul dari perspektif islam? Bagi pendapat ana, ana berpendapat bahawa meniru barangan orang lain dibolehkan tetapi bukan 100% tiruan semata-mata. Kita cuma mengambil idea orang tersebut untuk diperkembangkan dan menghasilkan produk dengan nama lain yang tidak bersangkutan dengan individu yang ditiru tersebut. Ingin ana listkan beberapa perkara yang perlu diketahui oleh umat islam sekarang.

Senarai Barang Yang Mengandungi Lemak Babi :

1. Minyak Masak Lam Soon (Cap Helang & Buruh )

2.. Ubat Pearl Cream Arche (Thai)

3. Ajinomoto (Thai)

4. Ais Krim Harga Rm1.00 Ke Atas

5. Semua Tauhu Buatan Orang Cina

6.. Sabun Lux & Lotion Badan Buatan Malaysia, USA , & Thai

7. Sabun Fab Berbuku

8. Lobak Jeruk

9. Mee & Kueteow Basah (Buatan Cina)

10. Krim Muka Hazeline Snow

Senarai Barang Yg Mengandungi Kulit Babi, Uri & Binatang Yang Tidak Halal:

1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi

2. Pucuk, Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan Buatan Orang Cina

3. Daging Burger Import

4. Sardin, Kari Ayam Dlm Tin & Yong Taufu Buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis 'Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis 'Reach'
7. Mee Kering (Sanggol)
8. Semua Sabun Mandi Yang Diimport
9. Ajinomoto Kecuali Keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama Kl
10. Semua Jenis Shampoo Kecuali Keluaran Orang Islam

11. Have Pearl Cream

12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald

13. Ubat Kurap Buatan Org Cina

14. Beehon Segera Siam

15.Mee Rebus Tulang & Kiub Perasa Ayam

16. Sabun Mandi Yang Berminyak

Senarai Barang Yang Mengandungi Gelatin Lemak Babi Dan Binatang Tidak Halal:

1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11.. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13
. Ais Krim Dalam Bekas Plastik
14. Gula-Gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch
16.. Coklat Cake
17. Tepung Kastard Lady's Choice
18. Semua Jenis Jelly
19. Semua Jenis Gincu Bibir
20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
21. Lady's Choice Jelly

Senarai Barang Yang Mengandungi Alkohol Unsur-Unsurnya

1. Barangan Avon Keseluruhannya

2. Pewangi Ketiak Terutama Jenama Vitalis & Concord

3. Minyak Rambut Brylcream (Hijau)

4. Racun Serangga Jenis Spray Seperti Sheltox, Baygon & Mortin

5. Seluruh Ubat Batuk Jenis Sirap

6. Keseluruhan Ball Pen Dakwat Kering

7. Tonik Bayi Grape Water, Tonik Waterberry Compound

Kandungan bahan-bahan dalam makanan kategori (E -emulsifier) :-

E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327,334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904.

Kod tersebut membawa maksud edditives, iaitu bahan-bahan tambahan yang digunakan semasa proses penyediaan atau pengilangan sesuatu bahan makanan, terutama membabitkan pembungkusan.

Edditives antara lainnya bertindak sebagai anti foaming agent (anti buih), pewarna, penambah perisa dan penyebatian (emulsifier).

Ini selalunya digunakan ketika proses membuat kek atau coklat.

Bagaimanapun edditives tidak semestinya memberikan kesan dari segi nilai nutritif dalam makanan.

Merujuk kepada kod E471 atau istilah saintifiknya mono and diglycerides of fatty acid, adalah bahan tambahan yang dihasilkan (origin) daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.

Kebimbangan terhadap status halal atau haram, biasanya timbul apabila sesuatu edditives berasal daripada haiwan.

Namun, berdasarkan pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebahagian besar bahan makanan yang diluluskan untuk mendapatkan label halal, didapati menggunakan edditives daripada tumbuh-tumbuhan.

Kesimpulan

Dengan permasalahan yang begitu ketara dalam ekonomi dunia sekarang ini. Umat islam disarankan untuk mendalami ilmu asas-asas muamalat untuk lebih mengetahui taraf ekonomi dan kepentingan mencari barangan yang halal sahaja. Jika kita peka akan kesihatan diri kita, pasti kita akan cuba mengelakkan sesuatu yang mendatangkan mudharat kepada kita. Tambahan pula, jika kita kaji tentang side effect sesuatu produk yang mengandungi unsur najis(Babi) maka kita akan tahu apa akibat jika kita mengambilnya walaupun dalam dos yang rendah. Oleh yang demikian, Umat islam perlu mengkaji dan memakai hanya produk yang dihasilkan oleh orang islam sendiri bukan menelaah sesuatu daripada orang yang lain yang tidak mengenal erti "Halal" itu sendiri.



Dua personaliti yang berbeza dan konsep irama yang menarik berjaya ditonjolkan kedua-dua artis luar negara berjaya menghiburkan dan menarik minat ramai pendengar terutama orang islam seluruh negara dalam irama nasyid yang disampaikan. Lebih-lebih lagi, keberkesanan model tarbiah (muzik) dan kezuhudan kedua-dua personaliti ini menambahkan lagi keserian dakwah dikhalayak ramai malah sekaligus menyemarakkan dunia dengan laungan tauhid kepada Allah yang begitu mengasyikkan. Oleh yang demikian, ingin ana menonjolkan kepada para muslimin sekali tentang siapakah sebenar kedua-dua artis ini.

Yusuf Islam:


  • Nama asal: Steven Demetre Georgiou (anak kepada ayah berwarganegara cypriot Greek dan ibu dari sweedish)
  • Nama gelaran: Cat stevans
  • Dibesarkan di dalam sebuah kedai di northernmost junction of Shaftesbury Avenue dan New Oxford Street, berhampiran heart of London’s West End.
  • Semasa pembelajaran beliau didalam bidang seni, beliau telah ditemuduga dan berjaya untuk memasuki syarikat producer pop-folk yang terkenal di Springfields. Kemudian, beliau berjaya menjadi artis muda yang menonjol disamping digelar oleh peminatnya sebagai cat stevans.
  • Didalam perjalanan beliau untuk menemui ketenangan dan kebenaran hidup yang sebenar, hampir setiap hari beliau mendapat translasi Al-Quran daripada abang sulungnya iaitu David. Akhirnya, beliau memeluk islam pada December 1977 dan selepas 6 bulan keislaman beliau, beliau menukar nama kepada Yusuf Islam. Keislaman beliau menggemparkan dunia hiburan pop eropah dan sekaligus membuatkan beliau berhenti dari dunia hiburan untuk memulakan hidup baru bekeluarga. Kini, Yusuf Islam memasuki dunia pendidikan dengan penuh kesungguhan dan bersama warga muslim Britain menubuhkan sekolah islam sehinggakan pihak kerajaan britain mengiktiraf Islamic education diseluruh pelusuk Britain. Setelah lama berkecimpung bersama sekolah-sekolah islam di Britain, beliau menyebarkan dakwah melalui sentuhan muzik tauhid yang pertamanya di Royal Albert Hall pada 20 Oktober 2003 dan mendapat sokongan seluruh dunia. Yusuf Islam
Sami Yusuf:


  • Nama Asal: Sami Yusuf

  • Sami yusuf mempunyai suara yang unik dan kehebatan dalam menjadi komposer yang petah berbahasa arab dan inggeris membuatkan beliau terkenal dikalangan muslim di Britain malah pengisian dan lagu yang mengasyikkan menyemarakkan lagi nasyid pada masa itu.

  • Beliau dilahirkan didalam keluarga azerian dan dibesarkan di UK, beliau memulakan industri vokal dan muzik selepas direstui oleh keluarganya dan memandangkan ayah beliau juga merupakan seorang pemuzik yang terkenal. Pada awalnya, Sami Yusuf mempelajari pelbagai alat instrumentasi daripada ayahnya yang merupakan mentor nya yang pertama. Kemudian, dengan bakat dan kesungguhan beliau belajar muzik, beliau berjaya mendapat scholarship untuk belajar muzik di Royal Academy of Music, London.

  • Selepas nama beliau mula naik dan beransur terkenal diperingkat penduduk muslim di London, beliau berjaya menghasilkan album pertama yang berjudul "Al-Mua'llim". Kemunculan album yang memuatkan kedua-dua bahasa Inggeris dan Arab membuatkan album pertama beliau mendapat penjualan yang paling laris di seluruh negara. Kreativiti dan inspirasi yang berjaya dihasilkan beliau memangkinkan lagi usaha beliau dalam memuatkan unsur ruhiyyah dan sentuhan muzik yang merdu dalam menyampaikan mesej dakwah beliau diperingkat global.

Dengan persaingan yang begitu rancak dalam industri nasyid serta sambutan yang hangat oleh penduduk dunia, sepatutnya Malaysia juga berada dalam arena persaingan dunia muzik ini bukan untuk mencapai satu darjat kebesaran atau harta yang melimpah ruah, malah agenda dakwah perlu dalam bidang muzik serta memperkayakannya sepatutnya menjadi antara misi umat islam zaman sekarang. Citarasa umat islam sekarang adalah lagu yang banyak memuji Allah, memperbesarkan sirah perlu dipelbagaikan dan bukan laungan cinta manusia yang kini kerap diterapkan dalam industri nasyid serta tarian yang lagha membuatkan buah dakwah rosak dikanca mata manusia yang ingin mengenal islam.
10 Wasiat Luqman a.s Kepada Anaknya
3:59 AM | Author: IsLaM uNiTe

Diriwayatkan Luqman telah berkata pada anaknya:
  1. Anakku, suruhlah orang melakukan kebaikan, tegahlah kemungkaran dan sabarlah kamu atas segala yang menimpa. Anggaplah musibah itu sebagai benda yang ringan, muhasabahlah (hitung) kesalahan-kesalahanmu dan ketahuilah olehmu tentang kesusahan-kesusahan. Jika engkau telah mengetahuinya maka engkau akan menjaga dirimu.
  2. Wahai anakku, ingatlah Allah banyak-banyak sesungguhnya Allah mengingati orang-orang yang mengingatiNya. Anakku, ingatlah dosa-dosamu yang telah dilakukan dan perbuatan-perbuatanmu. Larilah kepada Allah daripada dosa-dosa dan janganlah kamu menganggap amalan baikmu sudah banyak. Taatilah Allah kerana sesiapa yang mentaatiNya. Allah akan selesaikan setiap urusannya dan melindunginya daripada makhluk-makhlukNya.
  3. Anakku, janganlah engkau cinta dunia kerana engkau tidak diciptakan untuk dunia dan Allah tidak mencipta suatu pun yang lebih hina daripada dunia. Allah tidak menjadikan nikmat-nikmat dunia itu sebagai pahala bagi yang taat dan Dia tidak pula menjadikan bala sebagai balasan kepada yang derhaka.
  4. Anakku, janganlah engkau gembira dengan kesihatan yang berpanjangan dan sembunyikanlah kesusahan yang menimpamu. Ia merupaka perbuatan yang terpuji dan sabarlah menghadapi kesusahan. Ia adalah bekalan pada tempat kembalimu.
  5. Anakku, cukuplah dengan yang sedikit dan redalah dengan apa yang kamu dapat. Janganlah engkau menoleh kearah apa yang diperolehi oleh orang lain kerana itu akan menyusahkanmu. Anakku, puasalah dan tutuplah mulutmu daripada makanan-makanan dan penuhilah ia dengan hikmah-hikmah.
  6. Anakku, bersahabatlah dengan orang yang bijaksana dan redalah dengan apa yang mereka kata, nescaya kamu akan jadi bijaksana.
  7. Anakku, bercakaplah dengan kata-kata yang baik dengan orang lain dan duduklah dengan ahli-ahli zikir kerana ia menghidupkan hatimu dan menerbitkan dalam diri rasa khusyuk.
  8. Anakku, laksanakanlah hajat-hajat sekadar yang perlu dan elak daripada perkara yang tidak berkaitan denganmu.
  9. Anakku, banyakkanlah diam kerana engkau akan dihormati dan engkau tidak akan sekali-kali kecewa kerana diam. Tetapi engkau mungkin akan kecewa kerana ketawa.
  10. Anakku, janganlah biarkan ayam lebih cerdik daripadamu kerana ia akan kibaskan kepaknya pada waktu malam dan bertasbih pada Allah. Jagalah dirimu daripada cuai. Takutlah Allah dan janganlah kamu tertipu dengan kata-kata si jahil bahawa sesungguhnya ada permata dalam tanganmu sedangkan kamu tahu ia adalah tahi unta.
"Ya Allah, banyakkanlah hartaku dan anakku, serta berilah keberkatan atas setiap apa yang engkau kurniakan. Panjangkanlah kehidupanku dalam ketaatan kepadaMu serta perbaikilah amalanku dan kurniakanlah keampunan kepadaku"
(Riwayat al-Bukhari dalam adab al-mufrad, dianggap sahih oleh al-Albani dalam silsilah al-Ahadith al-Sahihah)
Salam Ramadhan Al-Mubarak Buat Mereka Yang Beriman..
10:19 PM | Author: IsLaM uNiTe
Ramadhan Al-Mubarak

Riuhsepi dingin dinihari
Kumamah kalimah mengharap redha Illahi
Sepajang hari meletakkan zahiri dan batini
Di atas waras iman dijelajahi
~~~~~~~
Kujelajahi kegelisahan yang dahaga
Letih meniti hari mengutuh peribadi
Tangkas menepis serangan sendiri
Musuh dan lawan mengharum suci
~~~~~~~
Ketika siap berbuka
Kemenangan pula dahagakan cabaran lain
Tarawih dan witir menjelmakan insan fakir
Khusyuk patuh tunduk ke langit
~~~~~~~
Ramadan almubarak
Semarak kasih Illahi tak kemarau
Gemuruh iman menakluk cahaya pedoman
Hari-hari melayari kehidupan.

Dpd: HASYUDA ABADI


Pengkaderan islam merupakan salah satu proses dakwah yang dilaksanakan untuk mencari para pelapis atau mata rantai yang terdiri daripada individu atau segolongan muslim bagi meneruskan perjuangan dakwah (menyeru manusia) kepada Allah menggantikan tugas para rasul dan para anbiya’. Tugas pengkaderan ini sangat mulia disisi Allah dan agenda ini turut dilaksanakan oleh para nabi dan rasul terdahulu untuk mendirikan islam dan mentadbir dunia dengan islam. Tambahan pula, tugas pengkaderan ini bukan sahaja berdakwah untuk mengislahkan manusia kejalan Allah, bahkan ia merupakan tugas melatih dan membentuk manusia untuk sentiasa ikhlas dan istiqamah melaksanakan gerak kerja dakwah dimuka bumi ini.

Dewasa kini, pengkaderan menjadi antara visi dan agenda terpenting dalam membentuk sebuah khilafah islamiyyah untuk akan datang. Pengkaderan islam mestilah disandarkan dengan tarbiah islam yang menundukkan manusia untuk sentiasa merasa ubudiyyah kepada Allah. Permasalah dunia kini yang mengundang kepada dakwah dan method pengkaderan yang lebih berkesan mestilah di rencanakan dengan sebaiknya agar maslahah ummat manusia terjamin untuk tidak kekal sesat dijalan taghut yang dilaknat oleh Allah swt.

Perbezaan antara dakwah dengan pengkaderan

Dakwah itu adalah amalan dan usaha yang paling mulia setelah beriman kepada Allah dan beriltizam dengan manhajNya yang lurus. Buah dakwah menunjuki manusia kepada al-hak, membawa mereka kepada kebenaran, menjadikan mereka mencintai kebaikan, menjauhkan mereka dari kejahatan dan kebatilan dan mengeluarkan mereka dari kegelapan cahaya.

Firman Allah swt:
“siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?” surah Fussilat:33

Da’wah kepada Allah swt ertinya menyeru manusia kepada Allah, mengajak mereka mengikuti hidayah Allah, menjadikan manhajNya sebagai hakim di muka bumi, bertauhid kepada Allah, hanya kepadaNya kita beribadat dan memberikan taat setia.

Firman Allah swt:
“dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung” Surah Ali ‘Imran: 104

Pengkaderan adalah implimentasi dakwah itu sendiri dalam kehidupan seseorang da’ie. Pengkaderan juga merupakan satu proses dakwah yang direncanakan oleh umat manusia yang meliputi aspek pengurusan orgnasisasi, gerak kerja yang tersusun dan berterusan, proses dakwah kepada manusia yang panjang dan latihan (tamrin) yang konsisten mengikut marhalah yang digariskan ikhwanul muslimin (ta’rif, takwin dan tanfidz). Semua elemen ini di aplikasikan dalam kerja-kerja pengkaderan. Tugas ini dibentuk hanya untuk melahirkan dan mengkaderkan ahli yang berkualiti dan mampu berintima’ dengan kerja islam tanpa sebarang masalah yang mendatangkan mudharat pada organisasi dakwah tersebut.

Kualiti bukan Kuantiti

Dalam pengkaderan islam, ada beberapa perkara yang perlu dipandang serius terutamanya dalam memilih bakal penggerak islam untuk akan datang. Pada awal dakwah Rasulullah saw, baginda mengkader beberapa individu awal memeluk islam dikalangan kaum keluarga baginda sebagai langkah pertama untuk permulaan dakwah baginda. Selepas kaderasasi berlangsung, Allah swt sendiri menyediakan tarbiah dan tamrin (latihan) yang dilalui oleh baginda dan yang bersamanya untuk mereka betul-betul berada dalam landasan agamaNya. Walaupun ujian datang menimpa, pentarbiahan dari aspek akidah ditekankan oleh baginda sendiri sehingga melahirkan mereka yang sanggup berjuang dan sanggup mati didalam syahid (mentauhidkan Allah).

Pada kali ini, secara tabii gerakan islam / gerakan dakwah akan berusaha untuk meningkatkan saf dan memperbanyakkan anggotanya melalui berbagai jalan dan cara yang diterima syarak. Tetapi keadaan ini tidak seharusnya mendorong jamaah mengumpul anggota mengikut yang terjumpanya sahaja, kerana kualiti itu lebih penting daripada kuantiti. Boleh jadi dakwah mengorbankan tenaga yang banyak untuk mendapatkan seseorang. Boleh jadi individu itu yang tidak berkualiti merupakan satu ummat yang menjadi beban yang tidak membawa faedah malah boleh membawa bahaya. Firman Allah swt:

“dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlah kamu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manafaat kepada kamu sedikit pun dan bumi yang luas itu telah terasa sempit oleh kamu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-cerai” surah attaubah: 25

Bilangan yang banyak bukanlah keutamaan, tetapi yang diutamakan ialah orang-orang yang mengenal Allah, tetap pendirian dan berserah bulat memperjuangkan kebenaran.

Mementingkan penyusunan dan perencanaan yang rapi

Sebelum proses pengkaderan ini berlangsung, tugas individu atau organisasi islam perlu mempersiapkan diri dan jentera mereka dengan pelbagai bentuk persiapan seperti gerak kerja jangka masa pendek dan panjang, memiliki ilmu islam @ thaqafah yang mantap, dan lain-lain lagi. Ini menjadi titik tolak kepada sesebuah organisasi untuk lebih effisyen dalam berdakwah disebabkan oleh pengurusan yang mantap. Saidina Ali pernah berkata; kejahilan yang tersusun dapat mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun. Tambahan pula, Mad'u kita zaman kini mengharapkan satu qudwah hasanah daripada para pendakwah untuk dicontohi, malah organisasi yang berkredabiliti, optimis dan strategis mampu menggetarkan pihak musuh sekaligus mengakibatkan mereka lumpuh untuk menyekat agenda dakwah islam disesuatu tempat.

Firman Allah:
“tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya (kemedan perang). Mengapa tidak pergi tiap-tiap golongan antara mereka beberap orang untuk memperdalamkan pengetahuan mereka tentang ad-din dan untuk memberi peringatan kepada kaum mereka apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu menjaga dirinya” surah at-taubah: 122

Antara persiapan yang perlu dikuasai oleh para penggerak islam:
  1. Ilmu yang mantap
  2. Mampu memberi qudwah kepada mad'u.
  3. Tidak bersifat retorik dan sering kehadapan dalam setiap gerak kerja.
  4. Memahami tugas-tugas dakwah disamping tidak mengabaikan tanggungjawab kepada Allah.
  5. Mampu membahagikan masa untuk tugas pengkaderan walaupun tugas ini memerlukan jangka masa yang panjang.
  6. Sentiasa sistematik, optimis, professionalism dan istiqamah dalam melaksanakan kerja dakwah yang diberikan oleh pimpinan dalam sesebuah organisasi.

Dalam sirah Rasulullah saw, sudut perencanaan ini bukan hanya tertumpu dalam strategi-strategi peperangan sahaja. Malahan pada peringkat awal di Makkah lagi penyusunan yang rapi dalam bidang tanzim telah dilakukan oleh Rasulullah saw. Contohnya, sebelum melancarkan da’wah terbuka, Rasulullah saw telah terlebih dahulu menyusun pentarbiahan para sahabat selama 40 bulan di Darul Arqam. Selepas itu, Rasulullah menyusun pula sebilangan sahabatnya untuk melaksanakan hijrah ke Habsyah. Perencanaan yang rapi sebelum Rasulullah saw berhijrah dan menubuhkan daulah Islam di Madinah juga menunjukkan kepada kita betapa pentingnya penyusunan yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Dengan adanya pelbagai penyusunan yang rapi dan tertumpu, ahli yang menggerakkan pengkaderan akan mendapat gambaran atau view yang jelas dalam melaksanakan pengkaderan dengan lebih berkesan.

Telatah Di Bulan Ramadhan..
11:48 AM | Author: IsLaM uNiTe
Alhamdulillah.. Sekian lama diri dibelenggu masalah untuk menulis... akhir nya dapat juga menulis sedikit pengalaman berhubung telatah dibulan ramadhan kali ini. Selepas beberapa hari berpuasa, ana lihat ramai umat islam mula bepusu-pusu mengejar pahala ibadah yang dijanjikan Allah dengan melaksanakan ibadah tarawikh secara berjamaah, membaca Al-Quran siang dan malam dan bersedekah dengan lebih kerap tanpa mengharapkan sedikit pun perhatian dan balasan daripada orang lain. Ini merupakan satu petanda yang cukup baik selaku umat akhir zaman yang sentiasa diuji dengan pelbagai bentuk mehnah dan tribulasi dalam menunaikan ibadah puasa ini. Tambahan pula, yang paling menggembirakan ana adalah ramai anak-anak muda mula mendekati masjid sebagai tempat mereka berjumpa untuk berbuka puasa sama-sama dan melaksanakan tadarus Al-Quran secara konsisten tanpa dipaksa.

Mengingat hadis nabi berhubung ganjaran di bulan ramadhan iaitu pahala yang berlipat kali ganda setiap kali melaksanakan ibadah kepada Allah, terbukanya pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan lain-lain lagi hadis nabi yang menyentuh fadhilat dibulan ramadhan ini membuatkan diri terkenang @ muhasabah sebentar tentang peranan dan tanggungjawab muslim yang sebenar dalam menunaikan ibadah puasa ini. Bila kita lihat cara kita beribadah kepada Allah, adakah kita pernah terpikir yang ibadah kita ini diterima oleh Allah swt? dan adakah kita pernah terpikir apa yang dikehendaki Allah berhubung perlaksanaan ibadah yang sebetulnya kepadaNya? persoalan ini yang menjadikan diri ana terkaku sebentar. Gagal sungguh kita menghayati tuntutan yang sebenar Pencipta kita yang sentiasa menjaga kita daripada kekurangan dan kejahilan. Pada pendapat ana sendiri, selaku umat islam yang perihatin, nak tak nak kita kene cari apa yang dikehendaki Allah sebenarnya.

Mula membuka buku panduan solat:

Ana melihat dan mengkaji semula tulisan dan makna yang selalu kita baca dalam solat. Walaupun diri ini sudah pun mengahaflnya dengan baik, tetapi beberapa kekurangan yang terdapat bila dirujuk semula buku-buku agama ini. antaranya:
  1. Wudu' dan niat yang sempurna - selaku umat islam, pembersihan terhadap diri daripada hadas perlu dilakukan dan niat semasa menunaikan solat mestilah cukup syarat.

  2. Penghayatan setiap maksud ayat yang dibaca - Pemujian terhadap kekuasaan Allah dan sifatNya yang Maha Hebat dan Bijaksana. Merendahkan diri serenda-rendahnya terhadap kejadian ciptaan manusia yang hidup dan matinya hanya kerana Allah.

  3. Pergerakan yang betul dan mengikut sunnah Rasulullah saw - setiap pergerakan yang kita lakukan memberi impak kepada hubungan kita kepada Allah. sebaiknya pergerakan dalam solat dilaksanakan dengan betul tanpa lengah dan malas.

  4. Doa - Doa senjata umat islam, oleh yang demikian, kekuatan hubungan kita dengan Allah adalah doa. Tidak kira semasa sujud atau diluar kerangka solat.

Menghadiri diri dalam melaksanakan tarbiah islam (didikan islam) dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan:

Menjadi insan yang terbaik dalam setiap perilaku amatlah dituntut dalam islam. Antaranya yang seharusnya ada dalam memahami didikan islam didalam diri, keluarga dan masyarakat.

  1. Keperluan memahami elemen dalam pelajari ilmu islam (tarbiah islam)
  • Tauhidullah - menerapkan unsur rabbaniah yang meliputi aspek kekuasaan Allah dan wahyu yang diturunkan dalam Al-Quran itu sendiri.
  • Nubuwwah - Memahami sirah perjuangan Rasulullah saw dan hadis-hadis baginda.
  • Al-hasyr wal Jaza' - Mengingatkan manusia berhubung hari pembalasan dan hari perhitungan iaitu hari kiamat.

2. Keperluan dan penghayatan Tarbiah sehingga mencakup 10 muwassaf tarbiah

  • Aqidah yang sejahtera
  • ibadah yang Soheh
  • Akhlak yang mantap
  • Luas pengetahuan
  • Sihat tubuh badan
  • Mampu Berdikari
  • Melawan nafsu
  • Sangat menjaga masa
  • tersusun urusannya
  • Bermanafaat dengan orang lain.

Begitulah beberapa perkongsian yang perlu diterapkan untuk kita sentiasa diterima Allah swt. Allah tidak memandang pada susuk tubuh kita dan harta kita, malah Allah memandang tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya. Semoga bulan ramadhan ini memberikan kita impak untuk kita terus lahir menjadi muslim yang soleh dan solehah kepada Allah swt.

Selamat datang kepada Pelajar baru Utem sesi 2009
1:24 PM | Author: IsLaM uNiTe
Alhamdulillah.. pada hari ahad ini kita akan menerima kehadiran pelajar baru yang bakal menyerikan lagi bumi universiti kami lepas nih. Syukur juga kerana selama ini, kami menunggu kehadiran adik-adik baru, banyak persiapan yang telah berlangsung dan akan berlangsung untuk menyambut ketibaan mereka semasa pembukaan hari pendaftaran yang bertempat di kompleks sukan Universiti Teknikal Malaysia, Melaka. Bagi kami pihak BADAR, telah menyediakan dan mempersiapkan diri dari sudut iklan, jualan, dan lain-lain lagi semata-mata untuk menyambut ketibaan adik-adik. Kami berharap agar masa depan BADAR akan diteruskan oleh mata rantai islam yang bakal dijanakan untuk menggerakkan program dakwah dan tarbiah bagi mewujudkan suasana islam (biah islam) insyaallah.

Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, Utem akan menerima masuk adik-adik sebanyak 2013 orang dan mereka ini akan mendaftar di fakulti yang pelbagai juga. Tambahan juga, adik-adik ini akan menginap di 3 kolej kediaman sekitar kawasan Bukit Bruang, Ayer keroh, Melaka. Bagi sesi pendaftaran kali ini, banyak perubahan yang telah dilakukan oleh pihak universiti terutamanya dari sudut infrastruktur dimana fasa 1 pembangunan universiti akan siap. Oleh yang demikian, adik-adik akan merasa untuk belajar dan berkuliah di beberapa bangunan baru dan persatuan pelajar akan ditempatkan di bangunan persatuan pelajar. Manakala, sistem pengurusan kolej kediaman akan bertambah sistematik dan adik-adik akan menginap ditempat yang agak selesa iaitu 7 orang satu rumah. Semoga kemudahan yang bakal disajikan untuk adik-adik berjaya dimanafaatkan kerana prasarana ini akan menjadi medium untuk adik-adik terus cemerlang di bumi utem ini.

Bagi pihak persatuan pula, BADAR akan membuka pendaftaran keahlian bermula 28hb sehingga 30hb julai. Untuk tempoh yang lama ini, BADAR akan membuat pelbagai aktiviti diantaranya RoadShow BADAR pada 6,7,8hb Julai, Malam Tautan Hati pada 9hb Julai dan Rehlah Mahabbah pada 11hb Julai ini. Promosi yang besar-besaran ini diharapkan mendapat perhatian dan berjaya menarik minat adik-adik untuk menyertai BADAR. Ini kerana, BADAR bukan sahaja persatuan yang paling aktif untuk sesi 2008, tetapi BADAR juga merupakan badan persatuan yang akan melaksanakan pelbagai aktiviti yang menarik bukan sahaja untuk muslim tetapi untuk non-muslim pun ada. Dengan motto "with Ukhwah we Care", kami berhasrat untuk menumpukan target kami menjaga kebajikan adik-adik melalui program-program kami. Penyertaan adik-adik didalam BADAR akan mendatangkan faedah kepada diri kami dan juga adik-adik kerana kita sama-sama akan berkenalan dan bersahabat untuk satu tempoh masa yang lama dan segala ilmu dan pengalaman akan dikongsi bersama adik-adik yang menyertai persatuan kami. Kami bukan sahaja badan yang menggerakkan surau, tetapi kami juga bergiat bersahabat dan memperkenalkan diri kami kepada semua jenis pelajar.

Jadi, pakat-pakat la masuk BADAR. Segala penyertaan adik-adik akan dimasukkan dalam sistem maklumat ahli dimana adik-adik akan memperoleh sijil-sijil dan penyertaan adik-adik akan direkod kedalam sistem maklumat pelajar utem.

"With Ukhwah We Care"
Badan Dakwah Dan Rohani, Utem

Aku bukan Melayu??
2:54 PM | Author: IsLaM uNiTe

Dewasa kini, pelbagai masalah yang timbul tanpa kita sedari. Kita kadang-kadang terkasima dengan wacana media terhadap gejala negatif yang menimpa umat melayu zaman sekarang. Gejala yang dikatakan mengikut budaya bukan ketimuran ini sudah meresap dalam jatidiri masyarakat sehinggakan tidak dapat membezakan yang mana baik dan buruk. Adakah kita mengaku diri kita melayu jika kita membudayakan budaya barat dalam setiap perilaku kita? atau budaya barat ini sama sahaja seperti budaya timur yang diwarisi oleh nenek moyang kita? Saya selalu berfikir akan implikasi keunikan pelbagai budaya jika diamalkan dalam kehidupan seharian orang melayu. Bagaimanapun, Kebenaran yang ditemui bukan pada aspek kewujudan budaya tetapi aspek penghayatan sesuatu budaya dalam melaksanakan setiap gerak geri kehidupan kita.

Bila kita pergi kenegara barat seperti di Britain, kita dapat lihat budaya tolak ansur mereka melibihi daripada amalan budaya kita (budaya ketimuran). Contohnya di pusat membeli belah, mereka lebih gemar mengutamakan orang lain seperti membuka pintu jika bertembung dengan orang lain tanpa dipaksa, memberi salam kepada orang yang ditemui dan lain-lain lagi. Tambahan juga, mereka rajin membaca dan tidak membazirkan masa yang sedia ada. Adakah kita sama seperti mereka?? kita ada cara kita tersendiri tetapi salahkah kita mengamalkan budaya positif yang lain untuk dijadikan amalan kita?.. Ini tidak, ramai remaja zaman sekarang terutama nya melayu mengamalkan budaya yang negatif lain dari apa yang sepatutnya. Budaya pergaulan bebas, tidak menghormati orang yang lebih tua, merempit dan berpakaian tidak senonoh menjadi trend budaya zaman sekarang pula. Melayu mudah lupa kepada kebaikan tetapi kerap melakukan kesalahan yang sama tanpa memikirkan yang terbaik untuk diri sendiri. Bila kata-kata hang tuah "Melayu tidak akan hilang di bumi" didengari, pada pendapat saya. bangsa melayu mungkin tidak akan hilang, tetapi budaya dan cara hidup orang melayu yang diamalkan sejak berabad-abad yang lepas akan hilang dengan sendirinya kerana orang melayu juga yang menghapuskannya dari kehidupan sendiri.

Oleh yang demikian, adakah anda rasa diri kalian merupakan orang melayu tanpa mengamalkan budaya dan cara hidup orang melayu yang sepatutnya??. jangan la kita berbangga dengan melayu yang lupa daratan. Jangan la kita rasa melayu akan selamat dari fitnah dunia tanpa berhati-hati dengan budaya pilihan hidup orang melayu. Ingatlah dan kajilah budaya yang kita warisi sejak turun temurun ini kerana budaya ini yang membentuk sifat harmoni bekeluarga, tolong menolong dan taat pada tuhan yang esa tanpa ragu2 akan kekuasaanNya. Dan sebenarnya juga, budaya melayu ini perlu dipupuk kerana keberjayaan budaya ini mengambil intipati Islam sebagai ad-deen mereka pada zaman kegemilangan melayu dulu.
Islam, Permata & Emas
12:26 PM | Author: IsLaM uNiTe

Islam, Permata & Emas

Allah Ta'ala berfirman:

"Hai sekalian orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah engkau semua bersama-sama dengan orang-orang yang benar." (at-Taubah: 119)

Allah Ta'ala berfirman pula:

"Dan orang-orang yang benar, lelaki ataupun perempuan." (al-Ahzab: 35)

Juga Allah Ta'ala berfirman:

"Dan andaikata mereka itu bersikap benar terhadap Allah, pastilah hal itu amat baik untuk mereka sendiri." (Muhammad: 21)

Sesungguhnya kebenaran yang dicari ada dimana-mana dan sentiasa ada untuk kita memperbaiki dan memuhasabah diri untuk lebih cenderung kepada hanya kebaikan bukan kemungkaran. Sehingga kini, ramai diantara sahabat-sahabat kita yang tenggelam dengan arus kemodenan dan budaya kerana gagalnya mereka menghayati islam sebagai cara hidup mereka. Bila kita melihat semula apa itu permata dan emas, kita pasti akan terpikir akan keindahan, reka bentuk yang cantik, harga permata dan emas yang lebih kurang mahalnya dan sukar untuk kita perolehi nya jika tiada usaha yang gigih dan berterusan. Kini, didalam pasaran dunia, nilai permata dan emas sering kali berubah dan harganya tidak menentu kerana kegawatan sumber dan permintaan tinggi barang tersebut. Ini kerana, pada hakikatnya, orang yang lebih arif menilai emas dan permata mempunyai signifikan dan potensi untuk menghidupkan masyarakat yang mundur kepada era teknologi dan kemewahan yang lebih kehadapan.

Adakah kita melihat islam yang begitu tinggi nilainya seperti kita melihat emas dan permata? Mengikut kepada ahli mujaddid yang termasyur pada era ini, Imam Syahid Hassan Al-Banna mengatakan dalam usul pertama; kitab usul 20 bahawa Islam adalah menyeluruh, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah. Begitulah fahaman seorang tokoh mujaddid berkenaan dengan islam. Baginya, islam lagi hebat nilainya dari segala isi dibumi ini dan walhal kita gagal melihatnya kerana kita leka dan alpa.

Kenapa manusia melihat permata dan emas begitu tinggi nilainya?

1. Manusia leka tentang hakikat mereka tinggal dibumi dengan hasil sekeliling yang hanya menjadi penghitung sebenar kehidupan mereka.

2. Permata & emas hanya dilihat sebagai satu nikmat tuhan yang secara zahirnya mereka nampak, begitu bermanafaat kepada diri mereka sahaja.

3. Cinta dunia dan takutkan mati.

Seterusnya, mereka yang tenggelam dengan dunia tanpa islam, kesannya akan mendatangkan satu mudharat besar kepada kehidupan mereka. Perihal sabdaan Rasulullah berkenaan kebenaran bermaksud Sesungguhnya kebenaran - baik yang berupa ucapan atau perbuatan - itu menunjukkan kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu menunjukkan ke syurga dan sesungguhnya seseorang itu niscaya melakukan kebenaran sehingga dicatatlah di sisi Allah sebagai seorang yang ahli melakukan kebenaran. Dan sesungguhnya berdusta itu menunjukkan kepada kecurangan dan sesungguhnya kecurangan itu menunjukkan kepada neraka dan sesungguhnya seseorang itu niscaya berdusta sehingga dicatatlah di sisi Allah sebagai seorang yang ahli berdusta." (Muttafaq 'alaih)

Oleh yang demikian, jangan la kita mudah tenggelam dengan arus dunia dengan menyangka bahawa dunia adalah segala-galanya dan peranan islam diketepikan. Sikap mengetepikan islam sebaliknya akan membawa padah kepada kita kerana islam la segalanya yang ada untuk kita layak berhadapan dengan Allah swt kelak.

6 perkara yang ALLAH sembunyikan
2:09 PM | Author: IsLaM uNiTe
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zamannanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.'

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

-Azran Utem-
Tamatnya Latihan industri.. Apa plan seterusnya??
9:04 PM | Author: IsLaM uNiTe
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah..

Pengalaman yang luar biasa dan dinamik yang diperolehi di Mardi membuatkan saya sedar akan kepentingan ilmu dalam membentuk keterampilan (kecerdasan Intelektual)IQ, (kecerdasan Emosi)EQ dan (Kecerdasan Spiritual)SQ dengan lebih kompetentif. Sudah 5 bulan, saya menerima idea dan gerak kerja yang luar biasa dr para pegawai yang setia mendidik saya seperti mendidik anak mereka. Kesedaran yang diterapkan sepanjang sesi latihan ini membuatkan saya berasa lebih semangat untuk meneruskan adegan dan kerja dengan lebih luar biasa.

Bila teringat tentang "God Spot" yang menemukan konsep SQ ini, membuatkan saya mengimbas semula tentang peranan manusia dalam mengabdikan gerak kerja harian semata-mata kerana Allah swt. "God Spot" yang saya perkatakan ini merupakan hasil Penyelidikan V.Ramachandran tentang neurobiologi saraf manusia yang bertindak balas dengan aspek keagamaan, mengenal pasti saraf spiritual otak dan juga menerangkan bagaimana ritual agama memberi kesan kepada perilaku manusia. Penemuan yang berharga ini membuatkan saya terpikir sejenak selama saya menuntut 3 elemen IQ, EQ, dan SQ ini yang menerangkan bahawa kita tidak akan lari tentang memikirkan tentang Tuhan. Tambahan pula, idea dan penemuan yang tercetus sejak tahun 1997 oleh sekumpulan saintis pakar saraf dari University California di San Diego ini membuatkan saya terpikir bagaimana perlu saya merancang masa depan saya lepas ini dengan membawa 3 konsep ini.

Melihat kepada masa dan tenaga yang mengikut kemampuan saya ini, saya terpikir untuk merancang beberapa perkara bersama pembaca sekalian dalam kita memanafaatkan masa cuti agar lebih berharga dan bermakna kepada kita sendiri. Diantaranya:

1.
Bekerja separuh masa - mencari kerja dan pengalaman baru untuk kita melatih fizikal dan pengurusan emosi dan masa agar lebih berdisiplin daripada biasa.

2.
Meneroka dunia luar - berhijrah dalam menuntut ilmu Allah sangat2 dituntut dalam islam. Ini kerana, jika seseorang individu mengenal ciptaan tuhannya maka secara automatik ia akan sedar tentang hubungannya dengan tuhannya untuk dilipatgandakan.

3.
Mengikuti Kursus Perniagaan - kita sudah tentu tidak mengetahui tentang masa depan yang bakal kita tempuhi nanti. Oleh yang demikian, mengikuti mana-mana kursus ringkas perniagaan yang ditawarkan mampu mencaknakan minda kita untuk lebih mengambil peluang terutama dalam sektor ekonomi ini.

4.
Menghafaz AlQuran - Tugas sebagai hamba Allah hendaklah tidak diabaikan dan seharusnya dilipatgandakan. Menghafaz sebahagian daripada Al-Quran mampu mencerdaskan minda kita untuk mengingati kekuasaan Allah dan menghakis sikap mazmummah dalam diri kita.

5.
Menuntut ilmu selain kebiasaan - Mudah bagi kita yang menuntut pengajian agama di sekolah mahupun university dan sukar bagi golongan sains yang hanya mampu mempelajari ilmu kejuruteraan ataupun sains sepanjang sesi akademik di sekolah atau University. Mengambil initiatif menuntut ilmu lain membuatkan seseorang individu peka akan dunia luar. Seterusnya membuatkan individu tersebut menjadi golongan yang celik ilmu.

Begitulah beberapa idea yang ingin diperkongsikan agar kita semua menjadi generasi ulul albab yang lebih berjaya. Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud:

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar" (QS Fussilat: 53)

Mengikut pendapat seorang pakar pengimejan diagnostik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Dr. Suraiya Ibrahim, beliau mengatakan titik kecerdasan emosi dan spiritual itu sangat penting dalam pembangunan insan. Apabila kecerdasan emosi dan spiritual seseorang itu berjalan pada landasan yang sepatutnya, maka seseorang itu mampu:

1. Memahami dan menginsafi tujuan asal mereka dijadikan di muka bumi ini.
2. Melahirkan potensi diri pada tahap yang tinggi.
3. Memahami orang lain dan skala perhubungan akan menjadi mudah.
4. Menerima apa sahaja ketentuan yang telah ditakdirkan keatas diri mereka.

Semoga kekuatan kita dalam meneruskan wadah perjuangan sebagai seorang muslim menjadi baik selaras dengan apa yang diajar oleh baginda Rasulullah saw. Kekuatan yang disandarkan bukan hanya pada iman dan tqwa tetapi juga pada ilmu dan akhlak seseorang muslim.
Wallahualam.
Dunia Cinta Untuk Islam
10:12 PM | Author: IsLaM uNiTe
Assalamualaikum. ..
Alhamdulillah syukur kita kehadrat Allah..
Wahai sahabat-sahabatku sekalian,

Dalam membentuk individu muslim yang terbaik, sewajipnya ummat islam zaman sekarang mengetepikan fitnah dunia dan bergiat melaksanakan amal islami secara berperinsip dan berperingkat. Dengan pendekatan seperti ini, ummat islam mampu mencorakkan diri, keluarga dan masyarakat kepada suatu generasi taqwa yang sentiasa terdorong untuk mengamalkan cara hidup islam dengan sempurna.

Teringat ana kepada pesanan imam Hasan AlBanna dalam bukunya, "method pemikiran Hasan AlBanna": "Nilai dalam Islam ada yang tetap dan ada yang berubah. Nilai yang tetap tidak boleh berubah dengan bertukarnya suasana, tempat dan zaman kerana hubungannya kuat dengan kejadian manusia yang terdiri dari ruh dan jasad, jisim dan jiwa. Nilai tetap ini berhubung dengan aqidah dan akhlak, yang kedua-duanya tegak di atas asas kemanusiaan semata-mata, tonggaknya kasih sayang, ukhuwah dan rahmat." - Petanda Islam

Tambahan juga, tauhid, taqwa, iman, kehormatan manusia, kebebasan, ilmu dan amal. Islam mengajak perdamaian antara kaum, persefahaman dan persaudaraan antara manusia. Islam menyeimbangkan antara kebendaan dan ruh. Jika barat hanya mengakui nilai dan neraca yang menepati kehendak dan kemahuannya, Islam pula mengakui dan menerima pakai nilai dan neraca yang bertepatan dengan perintah dan kehendak Allah s.w.t. Firman Allah:

Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat). Dan mereka yang menjaga kehormatan. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela, Kemudian, sesiapa yang mengingini selain daripada yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. (Al Mukminun; 1-9)

Ayat di atas mengemukakan susunan tahap nilai-nilai dalam Islam, mendahulukan solat, meninggalkan perbuatan sia-sia, menunaikan zakat, memelihara kemaluan dan maruah, menjaga amanah dan perjanjian, dan menunaikan solat pada waktunya.

Wahai sahabat-sahabatku sekalian, sesungguhnya musuh-musuh Islam sentiasa berusaha untuk mempengaruhi umat Islam supaya mengambil falsafah dan cara hidup berasaskan sekularisme, kebebasan mutlak, menolak ketuhanan dan kebendaan yang mereka anuti.

Mereka bukan sahaja tidak menerima gandingan akal dan wahyu, bahkan sentiasa mengajak untuk melakukan perubahan dalam segala sesuatu. Pada mereka agama bertentangan dengan teori perubahan. Maka berlakulah persengketaan yang hebat. Akhirnya agama dipisahkan daripada kehidupan, daripada politik, ekonomi, seni dan
sains. Agama hanya tinggal sebagai kecenderungan peribadi atau beberapa nasihat berhubung kehidupan peribadi. Kehidupan keseluruhannya ditentukan oleh nilai dan neraca yang tidak ada hubungan dengan agama.

Sesungguhnya mereka yang beranggapan bahawa kemahuan mereka dapat dicapai dengan meniru segala yang datang dari barat, sebenarnya tertipu. Masyarakat Islam tidak akan terbentuk dan tidak akan mampu berdikari melalui kemajuan kebendaan semata-mata. Manhaj Allah mesti dilaksanakan, keimanan dan akhlak mesti dipertegaskan.

Kini harakah Islam berusaha untuk membawa umat Islam kembali kepada kefahaman Islam yang sahih, pembetulan hala tuju dan penegakan manhaj Allah. Ia menggariskan unsur-unsur yang tetap dan unsur-unsur yang berubah sehingga Islam kembali sebagai manhaj kehidupan dan sistem masyarakat.

lebih-lebih lagi, harakah Islam telah melahirkan generasi teras yang beriman dalam usaha membina kembali masyarakat Islam yang gemilang. Sesungguhnya hakikat pandangan barat terhadap Islam dan hubungan antara Islam dan barat perlu jelas di fikiran. Begitu juga pandangan barat terhadap unsur-unsur tetap dan bagaimana Islam menangani kedua dua unsur tersebut, di samping usaha harakah untuk mewujudkan semula kehidupan Islam di atas asas yang sahih dan sejahtera.

Jika tidak, nescaya nama, rijal dan kewujudan jamaah sudah tiada lagi pada hari ini. Pernah suatu ketika, sebahagian ikhwan yang diseksa dengan teruk, untuk menyeleweng daripada fikrah jamaah dan tasawurnya, lalu berpegang kepada fikrah takfir (kafir mengkafir) dan mengajak sahabat-sahabat yang lain untuk ikut serta. Ketika itu bangunlah seorang tokoh dan mursyid (Hasan al- Hudhaibi) menegah sambil menerang dan menjelaskan unsur-unsur tetap jamaah di dalam kitab “Pendakwah bukan penghukum”. Beliau berpegang teguh kepada amanah yang diterima dan memelihara unsur-unsur tetap jamaah dan memimpin jamaah berdasarkan garis panduan yang ditinggalkan oleh pengasasnya al-Imam al- Banna rahimahullah. Perjalanan itu disambung oleh rijal selepasnya sama ada pimpinan atau tenteranya. Jelaslah daripada sejarah dan peristiwa itu bahawa jamaah mempunyai beberapa unsur tetap sebagai pegangan yang tidak boleh ditukar ganti atau ditolak ansur.Adapun unsur berubah pada jamaah dikawal oleh kaedah-kaedah syarak dan pendapat-pendapat fiqh. Ia merupakan perubahan wasilah kepada yang lebih baik tanpa kecuaian, maju ke hadapan tanpa memusnahkan, berusaha dan meneruskan tanpa jumud, permodenan tanpa penyelewengan atau ambil ringan, keaslian dan pegangan tanpa tolak ansur atau, berbilang wasilah tanpa melanggar asas.

Oleh yang demikian, ayuh kita menggerakkan fikrah, jiwa dan jasad kita dalam melaksanakan tuntutan amal islami secara syumul. Sekian lama kita didik dengan kaedah awlawiyat, prinsip jemaah dan lain-lain, kini, perlulah kita berganjakkan diri kedaerah kemenangan untuk islam. Lahirkan lah diri kita dengan cita-cita:
"Dunia Cinta Untuk Islam"
Pengalaman Sebagai Pelajar Praktikal..
1:48 PM | Author: IsLaM uNiTe

Menjelang tahun 2009, saya diterima masuk ke salah sebuah institusi kerajaan di MARDI. MARDI merupakan pusat penyelidikan pertanian yang menempatkan hampir 200 orang penyelidik yang hebat dan mahir dalam bidang yang mereka ceburi. Kedatangan saya sebagai seorang pelajar praktikal disana mendapat satu tamparan yang agak hebat kerana saya terpaksa bergaul, berkenalan dan berfikir bersama mereka yang lebih dewasa dan berpengalaman daripada saya. Walaubagaimanapun, mereka juga menganggap setiap pelajar praktikal yang ditempatkan disini mempunyai kemahiran yang luar biasa daripada mereka. Oleh yang demikian, mereka menugaskan saya untuk berfikir seperti seorang pegawai penyelidik untuk menghasilkan sesuatu prototype hasil pemikiran kreatif dan kritis.

Ini menjadi satu self motivation kepada saya untuk melaksanakan tugasan yang diberikan dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Saya tidak diajar seperti di kuliah ataupun semasa kelas tutorial. Mereka melatih saya dengan memberi idea yang dinamik untuk saya mencari sumber terhadap idea tersebut. Lebih-lebih lagi, Ilham yang kerap datang dari idea pemikiran saya sering mendapat komen dan bantahan daripada senior pegawai disitu. Ini kerana, perkara utama yang dititik beratkan adalah pengalaman dan usaha untuk bertanya. Dalam jabatan mekanisasi dan automasi yang saya duduki ini, usaha dan ilham yang telus hanya datang bila kita bertanya dan turun padang. Kerap kali sebelum saya memasuki pejabat, saya dinasihatkan bukak semua journal yang dikeluarkan oleh MARDI dan bertanya kepada assistant research officer untuk keterangan lanjut mengenai produk dan hasil yang dikeluarkan oleh MARDI. Untuk pengetahuan semua, hampir kebanyakan subjek yang saya pernah pelajari tidak ada kaitan dan kegunaan di jabatan ini. Disini, saya belajar tentang mekanisasi dalam pertanian, belajar tentang tumbuhan dan sayuran, dan proses-proses sesuatu produk dll. Oleh sebab yang demikian, barulah saya dapat mengerti erti kehidupan sebagai seorang penyelidik.

Seorang penyelidik bukan sahaja berharap pada apa yang dipelajari di bangku university, malah mereka harus mendalami ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan sector kerja untuk mendapat sebarang idea yang bernas dan kreatif. Tambahan juga, sebagai seorang penyelidik dan pekerja di mana-mana institusi, kemahiran dan pengalaman menjadi berlian dalam kehidupan seseorang pekerja. Semakin berpengalaman seseoang itu, semakin kaya pendapatannya atau semakin berharga dirinya untuk institusi. Lebih-lebih lagi, mereka yang berpengalaman juga, mempunyai attitude yang agak berbeza dari seseorang beginner. Attitude seperti rajin berusaha, berdisiplin dalam menghadiri kerja dan mesyuarat, rajin membaca dan bertanya dan lain-lain menjadikan seseorang penyelidik hebat dengan kerja yang dilaksanakan. Kemesraan mengikatkan lagi ukhwah sesama pekerja dan menjadi prinsip kepada semua pekerja di MARDI ini. Tanpa kemesraan, kehidupan yang lama di alam pekerjaan menjadi kepayahan dan kesusahan dalam melaksanakan setiap tugasan yang diamanahkan.

Sebagai seorang pelajar praktikal, saya Berjaya menghayati erti kehidupan sebagai seorang pekerja. Saya mendalami setiap unsur kehidupan mereka untuk dijadikan pengajaran kepada saya. Kebanyakan mereka yang hampir pencen meletakkan harapan yang sama kepada semua anak-anak mereka. Kehidupan belajar tidak sama dengan kehidupan sebagai seorang pekerja. Bila bekerja, dunia kehidupan sudah berbeza. Tiada masa untuk bercinta dan berhibur kerana bila seseorang itu bekerja, nadi kehidupan menyara keluarga adalah kerjanya. Maka, jika seseorang digelar sebagai seorang pelajar, kerjaya utama adalah belajar. Kata-kata ini menjadi peransang motivasi kepada saya untuk hidup dengan lebih bermakna dan berjaya.

TaZkIrAH :

Allah Ta'ala berfirman:

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, supaya hati mereka itu khusyu' untuk mengingat-ingat kepada Allah dan kebenaran yang turun kepada mereka itu - yakni al-Quran. Janganlah mereka itu berkeadaan yang serupa dengan orang-orang yang telah diberi kitab-kitab pada masa dahulu - sebelum mereka, tetapi mereka telah melalui masa yang panjang, kemudian menjadi keraslah hati mereka tersebut - yakni enggan menerima kebenaran." (al-Hadid: 16)