Ukhwah Filla Abada Abadan..
1:13 AM | Author: IsLaM uNiTe

Inilah selogan yang sering menjadi mainan dimulut umat islam zaman sekarang. Ukhwah yang disebut-sebut menimbulkan rasa kenikmatan bersaudara sesama muslim malah menjadi lambang kekuatan kepada umat islam dunia sekarang. Ukhwah yang dibentuk dengan fikriah islam mampu merombak aliran dunia menghayati perjuangan mendaulahkan islam dimuka bumi ini. Tambahan pula, Ukhwah sesama mu'min sebenarnya terhasil dari ikatan-ikatan hati yang dibentuk untuk mengabdikan diri kepada Allah bukan sahaja kepada pertemuan semata-mata malah ikatan kasih sayang yang terjalin sesama mu'min dengan akidah yang kukuh dan berterusan sampai bila-bila mampu menjana persahabatan yang berkekalan sampai ke akhir hayat.

Al-Imam As-Syahid pernah berkata: "yang saya maksudkan dengan ukhwah (persahabatan) ialah hati dan jiwa terikat dengan ikatan aqidah. Aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan bernilai. Ukhwah adalah saudara iman, sementara perpecahan pula adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan dan tidak ada perpaduan tanpa kasih sayang. darjat kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan jiwa terhadap saudara seislam dan darjat yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain dari diri sendiri".

Rasulullah saw bersabda:
"Perbandingan orang-orang mu'min dalam erti kata kasih sayang mereka, dalam erti kata belas kasihan mereka sesama mereka, dan dalam erti kata bertimbang rasa simpati mereka adalah laksana badan yang satu; iaitu apabila mana-mana anggota mengadukan hal maka turut menanggungnya seluruh badan dengan berjaga malam merasai demam".


Dalam pembentukan ukhwah sesama muslim, kita seharusnya melaksanakan beberapa perubahan dan merancang stratergi bagaimana hendak melahirkan umat islam yang bersatu padu tanpa berlaku sebarang pergaduhan. Tugas menziarah menjadi elemen terpenting dimana menziarah sahabat yang sihat ataupun sakit mampu mengeratkan ukhwah malah melahirkan rasa perihatin sesama mu'min. Lebih-lebih lagi, sentiasa menasihati sesama mu'min dan tidak memandang rendah terhadap saudara yang dinasihati mengeratkan lagi rasa sayang dan cinta sesama sahabat. Malah, terdapat 1001 macam cara untuk mengembalikan serta mengikat ukhwah sesama mu'min. Dengan kecanggihan era kemodenan sekarang, tugas menghubungi sesama mu'min hendaklah kerap dilaksanakan dan seharusnya melaksanakannya dengan batasan dan landasan syariat islam. Firman Allah swt:

"Dan sesiapa yang dipelihara dari kebathilan dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung"

Seseorang sahabat yang benar merasakan saudaranya lebih utama dari diriya sendiri kerana sekiranya beliau tidak bersama mereka, sudah tentu beliau tidak akan bersama dengan orang lain. Sementara saudara-saudaranya, sekiranya tidak bersama beliau, mereka tentu akan bersama orang lain. Sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang terpisah dari kumpulannya. Orang mukmin dengan orang mu'min yang lain diibaratkan seperti binaan yang saling kukuh mengukuh diantara satu sama lain.


Kita boleh lihat perubahan global jika konsep persaudaraan itu dapat diamalkan mengikut cara dan batasan islam. Sesebuah ummah disetiap pelusuk dunia yang bersatu mampu menggegarkan dunia dengan kalimah tayyibah malah menjadikan umat islam kuat dengan kekuatan yang luar biasa. Tambahan juga, Masyarakat kafir akan gerun dengan kekuatan yang sedia ada dan berundur daripada menjatuhkan islam dimuka bumi Allah ini. Oleh yang demikian, kita sebagai umat islam hendaklah berusaha bersungguh-sungguh menyatukan umat islam dengan ukhwah islamiyyah kerana dengan kekuatan terjalin mampu menaikkan nama islam serta mengembalikan zaman sahabat r.a yang bersatu dengan hati yang teguh kerana Allah dalam bersatu dengan orang islam lain membawa konsep tauhidullah yang tidak berbelah bahagi.
|
This entry was posted on 1:13 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

TaZkIrAH :

Allah Ta'ala berfirman:

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, supaya hati mereka itu khusyu' untuk mengingat-ingat kepada Allah dan kebenaran yang turun kepada mereka itu - yakni al-Quran. Janganlah mereka itu berkeadaan yang serupa dengan orang-orang yang telah diberi kitab-kitab pada masa dahulu - sebelum mereka, tetapi mereka telah melalui masa yang panjang, kemudian menjadi keraslah hati mereka tersebut - yakni enggan menerima kebenaran." (al-Hadid: 16)