Dilema Study... Mahu Rahsia Kejayaan??
1:17 AM | Author: IsLaM uNiTe

Selamat menempuh peperiksaan akhir semester kepada semua para sahabat di setiap University diserata Malaysia.

10 Tips memperoleh kejayaan dalam peperiksaan:
  1. Memperbetulkan niat sebelum memulakan ulangkaji pelajaran supaya segala tingkah laku dan amalan yang kita lakukan mendapat keredhaan daripada Allah swt.
  2. Tidak meninggalkan amalan ibadah fardu dan sunat seperti solat, puasa kerana segala bentuk rezeki adalah hak milik Allah.
  3. Sentiasa bersedia dari aspek bahan bacaan kerana persediaan bacaan membenarkan kita merujuk teori atau pengiraan didalam bahan bacaan yang lain untuk mengelakkan kebuntuan dalam mengulangkaji.
  4. Mengamalkan konsep study group 2 hari sebelum peperiksaan bermula kerana baki selepas study group digunakan untuk meng'refresh'kan semula segala perbincangan yang dibuat.
  5. Mendapat tidur dan makan yang mencukupi kerana makanan yang seimbang dan tidur yang mencukupi memudahkan pergerakan mental dan fizikal.
  6. Menjaga kekemasan diri serta berwudu' setiap kali mengulangkaji pelajaran.
  7. Memberitahu ibubapa tentang jadual peperiksaan anda supaya ibubapa kita dapat mendoakan kejayaan kita dalam menjawab peperiksaan.
  8. Meminta maaf kepada semua rakan-rakan dan para pensyarah terlebih dahulu sebelum bermula peperiksaan kerana setiap titik dosa dalam hati mengurangkan keberkatan ilmu yang dipelajari.
  9. Tidak melakukan perkara keji dan munkar kerana ia boleh mengakibatkan ilmu didada hilang dengan senang serta kurang kecekapan berfikir.
  10. Mengamalkan konsep usaha dan tawakal kerana setiap kejayaan bermula dengan usaha dan akhir dengan doa @ tawakal.
Oleh yang demikian, semoga segala usaha yang dilaksanakan mendapat bantuan daripada Allah swt dan segala usaha diberkatiNya. Ilmu merupakan suatu yang wajib untuk dituntut tidak kira muda atau tua. Jangan la kita menyangka bahawa menuntut ilmu merupakan perkara yang sementara kerana ilmu itu banyak dan dituntut secara berterusan sehingga kita kembali keliang lahad. wallahualam. wasalam.

|
This entry was posted on 1:17 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

On November 15, 2008 at 12:25 PM , anne said...

Assalamualaikum w.b.t.. suka melihat dan membaca penulisan yang datang dari hati, ikhlas.. maka akan terpancarlah bentuk-bentuk tulisan yang menarik, indah, bermakna, cera dan menyentuh hati..
Sekadar selingan..

Dalam majalah wanita baru-baru ini ada tulisan tentang kesan resonan.. dikaitkan dengan fizik.. namun pengaplikasian yang disebut dalam bab doa.. sekadar respon untuk artikel ini. Andaikata suasana tempat kita berdoa penuh dengan suasana tidak manyenangkan seperti bersepah, selalu kita bergaduh dengan orang tempat kita berdoa khususny di rumah.. maka kita mewujudkan cas-cas negatif dalam rumah kita.. Walhal kita berdoa dengan perkara-perkara yang positif dan mengharapkan agar doa dimakbulkan. Namun kadangkala terdetik di hti adakah doa dimakbul atau tidak oleh kerana suasana yang negative tak dapatkombinasi dengan doa yang positif..

Oleh itu, wujudkan keadaan harmonis di mana tempat kita berada, dan jadilah orang yang positif ke arah kebaikan..

Wallahu alam

Selamat menulis sautul engineer =)

 
On November 27, 2008 at 2:55 PM , IsLaM uNiTe said...

Alhamdulillah.. betul juga. gabungan metafizik sekeliling kita akan menghasilkan satu kombinasi molekul tersendiri yang mententeramkan atau sebaliknya terhadap diri kita.

Umpama dalam solat. cas atau zarah negatif yang menjadi punca kekusutan dalam diri akan mengalir ke makmum disebelah dan di 'groundkan' untuk mencapai keseimbangan cas positif dan negatif. menurut sahabat saya yg sudah lama mengaji ilmu aura, ia berpendapat bahawa cas yang dikeluarkan oleh Rabbul jalil terhadap org yang solat adalah cas negatif. sama juga dgn bala yang diturunkannya. begitulah implikasi cas dalam bencana di Acheh. Cas negatif dari ombak laut berlanggar dgn cas negatif yg ada di masjid menjadikan ia menolak sesama sendiri.

oleh itu, kita boleh lihat keunikan dan kekuasaan Allah dengan terselamatnya masjid di Acheh. Wallahualam.

 

TaZkIrAH :

Allah Ta'ala berfirman:

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, supaya hati mereka itu khusyu' untuk mengingat-ingat kepada Allah dan kebenaran yang turun kepada mereka itu - yakni al-Quran. Janganlah mereka itu berkeadaan yang serupa dengan orang-orang yang telah diberi kitab-kitab pada masa dahulu - sebelum mereka, tetapi mereka telah melalui masa yang panjang, kemudian menjadi keraslah hati mereka tersebut - yakni enggan menerima kebenaran." (al-Hadid: 16)