Filem Menghina Islam : "Body Of Lies"
1:00 AM | Author: IsLaM uNiTe
Assalamualaikum dan syukur kehadrat Allah swt. Seawal bulan Disember tahun ini, Malaysia digegarkan sekali lagi dengan perfileman "Box Office" yang menyentuh sensitiviti umat islam yang bertajuk "Body Of Lies". Filem ini diterbitkan oleh syarikat perfileman yang terbesar iaitu "warner brothers" dan mendapat sambutan baik daripada kerajaan Malaysia. Merujuk kepada sumber yang dipercayai, ada diantara penonton yang menonton cerita "Body Of Lies" menunjukkan reaksi yang kurang selesa terhadap penapisan filem yang dibuat. Mereka merasakan bahawa kerajaan Islam di Malaysia tidak mengambil pendekatan serius bila berkaitan dengan sensitiviti umat islam. Malah, mereka juga tidak berpuas hati dan mengibaratkan jalan cerita keseluruhan filem ini bertemakan penghinaan terhadap islam dan kemuliaan puak kristian dan yahudi. Ini suatu ancaman yang kritikal! Selaku umat islam yang perihatin, kita seharusnya bertindak menangani golongan yang cuba menjatuhkan islam ini. Sabda Rasulullah saw:

"Jangan sesekali kamu bertanyakan suatu masalah pun kepada orang-orang kafir Ahli Kitab, sesungguhnya mereka tidak akan dapat memberi petunjuk kepada kamu sebab mereka sendiri pun telah sesat. Kalau kamu buat juga demikian maka kamu akan berhadapan dengan dua kemungkinan: yaitu samada kamu ikut membenarkan yang batil, atau pun kamu mendustakan yang hak, sesungguhnya demi Allah, seandainya Musa itu masih hidup bersama kamu sekalian, tidak halal baginya melainkan selain daripada mengikut aku." Riwayat Ahmad.

Cerita "Body Of Lies" berkisarkan tentang usaha untuk menangkap penjenayah yang paling dikehendaki oleh tentera Amerika selepas peperangan di Iraq. Pihak perisikan CIA telah menghantar seorang agen perisikan untuk mencungkil dan mendedahkan segala rahsia para pejuang islam berani mati (contoh Al-Qaeda dan lain-lain) yang bertindak ekstream membalas dendam perilaku US dalam perang di Iraq. Agen (pelakon : Lionardo Dicaprio) berusaha bersama pegawai CIA (pelakon : Russell Crow) berjaya mendedahkan rancangan imam Al-Saleem untuk menghancurkan US dan bekerjasama dengan Hani Pacca (gangster di Jordan: org Islam) untuk menangkap Al-Saleem. Akhirnya, mereka berjaya membunuh Al-Saleem dan pengikutnya dengan bantuan tentera US.

Didalam jalan cerita ini, masyarakat islam dianggap sebagai golongan yang extrem yang sanggup mengebomkan kedutaan amerika syarikat, memusnahkan harta benda orang lain, mendera atau membunuh orang sesuka hati dan sebagainya (seperti AL-Qaeda dan puak berani mati). Tambahan pula, mereka juga meletakkan masyarakat islam yang mengamalkan konsep jihad (syahid di jalan Allah) sebagai satu jalan yang membawa kepada kebinasaan. Watak baik (dalam cerita; leornado dicaprio) mewakili amerika syarikat dan sekutunya sahaja diletakkan sebagai imej mulia dan lebih lagi, mereka meletakkan satu fahaman bahawa golongan atasan islam yang berpengaruh adalah sebagai golongan yang kejam dan sanggup membunuh sesuka hati (seperti watak Hani Saleem dan Hani Pacca). Cerita ini juga meletakkan personaliti wanita islam (contohnya dalam cerita itu iaitu Aisyah) sangat murah sehinggakan sanggup keluar berdua, tidak menutup aurat dan bercinta dengan orang kafir.

Lebih-lebih lagi, hegemoni barat yang ditunjukkan puak Amerika membolehkan pasukan CIA mereka memasuki mana-mana negara tanpa permit atau kebenaran kementerian dinegara tersebut. Mereka merasakan mereka dipenuhi dengan teknologi senjata pemusnah dunia dan sanggup mengancam masyarakat islam dengan agenda hegemoni mereka. Konsep ini jelas pada pandangan kita bahawa mereka berlagak berkuasa dinegara islam dan mengetepikan perundangan yang dibuat di negara islam. Begitulah didalam firman Allah surah al-Fath ayat 26 yang bermaksud:

"Ketika orang-orang kafir menanamkan dalam hati mereka kesombongan (yaitu) kesombongan jahiliah lalu Allah menurunkan keterangan kepada RasulNya, dan kepada orang-orang mu'min dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat takwa(kalimah Tauhid dan memurnikan ketaatan kepada Allah) dan adalah mereka berhak dengan kalimah takwa itu dan patut dimilikinya. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu"

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, didalam cerita ini juga, mereka dengan sengaja membunyikan seruan azan secara halus bila pembunuhan dilakukan oleh orang islam(dalam cerita golongan islam membunuh arkitek islam bernama Omar Sadikki). Tambahan juga, mereka meletakkan imam-imam besar (contohnya dalam cerita iaitu imam Al-Saleem) berpewatakkan menghisap rokok dan tidak senonoh dan seorang yang gila pemikirannya dan imam ini sanggup menyuruh semua penuntutnya untuk mengebomkan diri jika berada hampir dengan musuh yang dikatakan sebagai jihad. Puak Amerika yang ditunjukkan juga cuba mendominasi negara Iraq dan Arab Saudi dengan mengatakan negara Iraq yang baru dibentuk mereka adalah negara yang aman dan sejahtera.

Begitulah adegan kejahatan golongan Yahudi dan nasrani yang tidak akan sesekali berhenti untuk menghina islam dan seterusnya meletakkan islamphobia dalam kehidupan masyarakat dunia. Apakah tindakan kita untuk mengatasi masalah ini? sedarkah kita bahawa puak intelligence yahudi bertungkus lumus menghancurkan islam sehingga menguasai media
dunia dan sebaginya untuk memburukkan islam? sedarlah bahawa kita seharusnya bertindak bijak merancang stratergi untuk menyekat peranan globalisasi negatif yahudi dan nasrani ini supaya tidak mendatangkan kemudharatan kepada kedaulatan islam dibumi Allah ini. Renunglah firman Allah ini dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud:

"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan(saja) mengatakan: "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"

Jika anda mahukan kebenaran dalam jalan cerita ini, maka tontonlah dan ambillah iktibar. Wallahualam.

TaZkIrAH :

Allah Ta'ala berfirman:

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, supaya hati mereka itu khusyu' untuk mengingat-ingat kepada Allah dan kebenaran yang turun kepada mereka itu - yakni al-Quran. Janganlah mereka itu berkeadaan yang serupa dengan orang-orang yang telah diberi kitab-kitab pada masa dahulu - sebelum mereka, tetapi mereka telah melalui masa yang panjang, kemudian menjadi keraslah hati mereka tersebut - yakni enggan menerima kebenaran." (al-Hadid: 16)