Fikrah : Hati Asas Pergaulan
3:52 PM | Author: IsLaM uNiTe

Dalam kehidupan, manusia tidak dapat lari dari pergaulan rakan dan taulan. Asas utama yang menjadi kunci adalah hati yang menjadi peranan penting dalamjiwa dan kehidupan Muslim untuk menegak iman yang kuat serta jati diri yang berasaskan ketakwaan kepada Allah serta mengingati-Nya dengan berzikir dan berselawat kepada Rasulullah sepanjang masa.

Firman Allah dalam surah al-Anfal 8, ayat 2 menyentuh kepentingan hati:

“Sesunguhnya orang orang beriman itu apabila mereka menyebut Allah terasa gementarlah hati-hati mereka.”

Iman menunjukkan keikhlasan hati yang sihat akan membuahkan keimanan yang kuat dan akan membawa kepada jiwa yang bersih serta fikiran yang bernas dan menampakkan keikhlasan dalam pergaulan.

Hati membayangkan keikhlasan iman seseorang berdasarkan apa yang diungkapkan oleh lidah atau gerak geri dan tingkah laku dalam pergaulan harian, ini sudah dapat difahami bahawa itu adalah kehendak hati walaupun tiada sebarang penjelasan melalui percakapan.

Sekiranya hati sentiasa sihat pergaulan dan persahabatan sentiasa mesra dan bahagia. Sebaliknya andai hati tidak sihat maka tidak ada tolak ansur dalam pergaulan. Setiap tindakan sudah ketara tidak ikhlas dan boleh membawa kepada munafik disebabkan sering kali berbohong dan berdolak dalik mencari helah bagi melindung diri dari penipuan.

Begitulah peranan hati dalam menjalani kehidupan di dunia ini, tetapi setiap insan sering kali melupai bahawa segala tindakan di dunia ini adalah penentuan habuan yang akan sampai di antara dua persimpangan di hari pembalasan sama ada baik atau buruk, ke syurga atau neraka. Malangnya jalan yang dilalui dalam kehidupan setiap insan sentiasa melalaikan kecuali yang beriman. Lantaran itu Rasulullah sentiasa memberi peringatan terhadap umatnya melalui sabda baginda:

‘Kasihilah olehmu akan saudara kamu seperti mana kamu kasih kepada diri kamu sendiri.’

Hati merupakan asas yang sangat penting dan tersembunyi dalam diri setiap insan. la memainkan peranan yang sangat bermakna dalam kehidupan seharian. Rasulullah s.a.w. menyatakan soal hati seperti berikut:

'Ketahuilah kamu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah keseluruhan segala perbuatannya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya. Ketahuilah kamu bahawa ia adalah hati’

Berdasarkan hadis di atas bahawa kebaikan manusia atau keburukannya datang dari hati, kerana hati adalah pengarah bagi pancaindera yang lahir. Jika hatinya baik maka baiklah segala perbuatannya serta rasa senang setiap rakan taulan mendekatinya dalam pergaulan. Andai hatinya buruk dan busuk, maka segala perbuatannya akan jahat dan keji, sentiasa cenderung ke arah maksiat mengikut kehendak hati dan hawa nafsu, dan pernikirannya ketika itu pula akan kalah dan sentiasa diketepikan. Oleh itu, hati adalah raja bagi seluruh anggota, manakala anggota-anggotanya yang lain adalah tentera. Anggota-anggota ini sering melakukan sesuatu mengikut kehendak hati. Andai baik hati maka baiklah dalam pergaulan. Andai sebaliknya, maka kawan dan rakan seringl kali menjadi mangsa. Dalam masalah ini Allah s.w.t sentiasa mengingatkan kepada hamba Nya melalui firman Nya dalam al Quran, surah al Syu'ara' 26, ayat 88-89 yang berbunyi:

“Di hari yang tidak ada manfaat sama ada harta benda begitu juga anak-anak melainkan sesiapa yang menghadap Allah dengan hati yang suci murni (iaitu penuh keikhlasan) kerana Allah semata-mata.”

Demikian juga Muaz bin Jabal pernah menegaskan: "Tuntut olehmu akan ilmu sesungguhnya menuntut ilmu kerana Allah akan menjadikan kamu takut kepada-Nya. Menuntut ilmu adalah ibadat, mengingati ilmu merupakan tasbih, membincangnya pula adalah jihad dan sekiranya kamu ajar kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah. Manakala menghabiskan masa dengan ahli ilmu merupakan pendekatan diri kepada Allah dan ilmulah yang memberi pengetahuan terhadap kamu soal halal haram, makruh atau syubhah yang akan terpelihara diri kamu dari api neraka".

Oleh itu, sentiasalah dekati dengan ilmu kerana ia menyegarkan hati dan rohani yang telah terkulai layu. Sekiranya kita patuhi segala kehendak ilmu pengetahuan yang kita ketahui ia akan menerangi jalan kebahagiaan dunia dan akhirat, kerana ilmu satu satunya yang dapat menjinakkan jiwa yang liar serta menghidupkan hati yang mati. Dengan demikian hati yang mati ini tiada yang dapat menghidupkannya melainkan ilmu dan iman serta keikhlasan beribadat kepada Allah sahaja. Yang dimaksudkan dengan menghidupkan hati dengan ilmu ialah dengan sentiasa berzikir, istighfar, selawat ke atas Rasulullah, memaafkan kesalahan orang lain, ikhlas, murah hati dan jauh daripada maksiat. Dengan demikian bolehlah dikatakan hati yang hidup.

Menurut Imarn Al-Ghazali, kewajipan ke atas manusia yang waras ialah menjaga dan memperbaiki niat hatinya serta menjauhkan segala anggapan dan sangkaan buruk kepada saudaranya ketika bergaul sesama rakan. Kewajipan inilah yang dituntut oleh syariat kepada semua mukalaf supaya menjaga hati mereka untuk menjadi insan yang kamil dan sempurna dunia dan akhirat. Hati merupakan anggota yang paling berbahaya, dan sesiapa yang mempunyai hati yang sakit dan mati, maka ia akan memberi kesan yang sangat buruk terhadap permasalahan yang sukar untuk diperbaiki. Oleh yang demikian Imam Al-Ghazali menggariskan beberapa asas sebagai panduan menjaga dan mengubati hati.

Asas pertama: Firman Allah dalam surah al-Ghafir, ayat 19 berbunyi:

“Allah mengetahui segala pengkhianatan yang bermula dari mata dan apa yang tersembunyi di dada setiap hamba.”

Dalil di atas dapat difahamkan jika seseorang berhasrat atau terlintas di hatinya hendak menghasut, prasangka, atau melakukan niat jahat, maka ingatlah bahawa Allah amat mengetahui setiap rahsia yang terdetik di dada hambanya melalui dalil al-Quran yang terdapat dalam surah al Maidah, ayat 7:

“Sesungguhnya Allah mengetahui akan segala isi hati yang tersemat di dada hambanya.”

Asas kedua : Sabda Rasulullah s.a.w.

‘Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan tidak kepada tubuh badan kamu, dan sesungguhnya Allah tetap melihat kepada hati kamu dan segala amalan kamu yang berlandaskan keikhlasan hati.’

Di sini menunjukkan ketetapan hati yang ikhlas merupakan tempat utama yang difokuskan olch Allah swt untuk diberi ganjaran.

Demikianlah peranan hati sangat besar tanggunjawabnya ke arah mengendalikan nilaian diri, manakala kejahilan pula mematikan hati dan rohani sekalipun badannya hidup dan bergerak di muka burni. Jasadnya merupakan kubur bagi hati yang telah mati. Perkara sedemikian dapat dielakkan sekiranya kita belajar dan mengetahui akan segala ilmu Allah yang, disyariatkan kepada kita. Ilmu Allah ini dapat menjadi permangkin keimanan dan penawar. Untuk menghidupkan hati yang telah mati, kita hendaklah melakukan ibadat dan beralakhlak mulia sesama manusia.

Wallahualam.


Bangkitlah Wahai Mahasiswa
1:26 PM | Author: IsLaM uNiTe
Dalam era globalisasi kini, sebagai seorang yang sudah digelar mahasiswa, kita seharusnya peka dengan perubahan sekeliling samada dari segi ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Walaubagaimanapun, ramai mahasiswa yang semakin lama semakin jumud dengan perubahan dunia sehingga mengasingkan diri mereka dengan segala bentuk permasalahan mahupun perubahan global dengan hanya duduk dikaca meja untuk belajar dan melaksanakan aktiviti hanya berada diruang lingkup university sahaja.

Walaupun sehingga kini permasalahan ini berlaku, ada juga diantara mahasisiwa yang melibatkan diri dengan perubahan politik, agen konsultant, promoter di syarikat berdekatan, prostaz, dan lain-lain. Ini merupakan satu 'starting point' atau permulaan awal bagi seseorang mahasiswa untuk belajar berkenaan dengan pengurusan program, melatih diri menjadi pemimpin malah menggiatkan diri untuk merasakan bebanan yang dialami masyarakat luar. Saya terkilan kerana dewasa kini, mahasiswa lebih menumpukan aspek akademik melebihi perubahan arus global luar. Tambahan pula, Mahasiswa berasa lebih takut dengan tindakan yang bakal dikenakan oleh pihak unversity yang selalu mengenakan ugutan akta AUKU yang mengharamkan keterlibatan mahasiswa secara terus dengan NGO yang bersifat kebajikan rakyat di luar university.

Tindakan yang sekian lama menjadi ancaman kepada mahasiswa berjaya melahirkan mahasiswa yang lembap dan tidak berpotensi dalam setiap bidang yang mereka pelajari. Mereka diibarat sebagai robot untuk melaksanakan seseuatu yang telah diprogramkan didalam minda mereka. Tugasan menuntut ilmu merupakan proses yang berterusan malah harus dipelbagaikan untuk melahirkan mahasiswa yang kreatif dan inovatif dalam segala bidang. Lebih-lebih lagi, mahasiswa harus sedar bahawa mereka merupakan khazanah negara yang penuh dengan ilmu dan pengalaman. Pada masa permulaan masyarakat melayu, mahasiswa disanjung tinggi oleh masyarakat kerana mereka yang menegakkan isu Baling yang dirahsiakan oleh kerajaan malah mereka menjadi agen masyarakat untuk menjana perubahan dalam rangka pentadbiran negara yang corapt.

Kini, mahasiswa lebih suka berada dibilik untuk menuntut ilmu akademik daripada bergiat untuk masyarakat. Mereka umpama pelajar sekolah menengah yang ingin mencapai 9 atau 20 A dalam akademik. Mereka menjadi penakut dan lemah dalam setiap hal kehidupan. Tambahan juga, kini nama mahasiswa tidak dijulang tinggi seperti mahasiswa pada masa lalu. Mahasiswa era 20-an kini gagal mencorakkan masyarakat yang sering digelumang dengan propaganda dunia, penipuan usahawan yang kaya, janji wakil rakyat yang tidak akan terlaksana dan hasut menghasut sesama sendiri.

Seharusnya, mahasiswa mestilah menjadi pemangkin negara menghasilkan perubahan. Ilmu yang dituntut perlulah dipelbagaikan malah mahasisawa seharusnya giat melayari internet mencari sumber maklumat dunia yang sahih dengan mengenepikan fitnah mulut manusia yang tidak tahu betulnya. Lebih-lebih lagi, mahasiswa seharusnya menyuarakan luahan masyarakat melalui memorandum, ceramah terbuka, pidato umum, penulisan blog ataupun risalah dan lain-lain demi merialisasikan hasrat masyarakat tempatan mahupun luar negara untuk berubah. Banyak cara boleh mahasiswa pelajari dan laksanakan untuk masyarakat.

Kekuatan pada mahasiswa muslim adalah pegangan akidahnya. Akidah yang mengikat perhubungan antara manusia dengan pencipta menjadikan seseorang mahasiswa susah untuk lari dari masalah yang berlaku. Allah menetapkan ilmu, hukum, cara ad-deen yang begitu sempurna didalam Al-Quran dan As-Sunnah untuk dijadikan satu 'Dustur' perlembagaan bagi muslim dunia. Mahasiswa seharusnya menggunakan sumber ini dengan sebaiknya dan menjadikan ia sebagai satu kitab yang hakiki dalam kehidupan seseorang mahasiswa. Kecemerlangan ummah pada zaman Rasulullah adalah pada pegangan akidahnya. Mereka memenangi peperangan bukan hanya disebabkan kekuatan jasad sahaja tetapi kekuatan rohani kepada Allah hasil daripada amalan rohani mereka laksanakan untuk Allah swt.
Oleh yang demikian, mahasiswa seharusnya bangkit mengubah arus dunia yang lari dari fitrah islamiyyah. Mahasiswa adalah golongan pemuda pemudi islam yang mempunyai kekuatan dalam semua aspek untuk menggerakkan negara. Walhal, mahasiswa seharusnya berjiwa saing untuk menghasilkan yang terbaik demi kedaulatan islam dibumi Allah swt.
Adakah Anda Mengenali Dirimu Sendiri??
10:51 AM | Author: IsLaM uNiTe

Seseorang individu ingin mengenali dirinya sendiri bukan merupakan sesuatu perkara yang senang. Adakah seseorang itu mengetahui berapa jauh pandangan matanya sendiri? adakah seseorang itu mengetahui berapa banyak bulu yang terdapat pada dirinya sendiri? Ini semua menimbulkan persoalan yang nyata bagi mereka yang baru cuba hendak mengenali diri mereka sendiri. Seseorang individu yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dengan status kekayaan yang dimilikinya mampu menarik perhatian mana-mana orang yang mendekati dirinya sendiri. Tetapi, dengan serba kebolehan dan kekayaan yang ia ada, adakah ia sendiri mengenali siapakah diri nya sendiri tanpa bertanyakan pendapat kepada sesiapa yang menghampiri dirinya itu? Seseungguhnya manusia hanya mengenali 1% daripada dirinya sendiri. Malah, ia cuma mengenali dirinya sendiri melalui apa yang dirasa, semasa berfikir, bercakap, berbual, melaksanakan aktiviti-aktiviti yang disukai dan lain-lain.

Adakah seseorang individu itu mengenali 100% dirinya melalui apa yang dialaminya itu? Tidak sesekali seseorang hamba Allah mengenali diri sendiri melebihi apa yang diketahui Allah terhadapnya. Begitu cantik dan indah ciptaan Allah sehinggakan Ia dapat menciptakan yang tersurat dan yang tersirat dalam setiap individu manusia itu. Pernah kah kita terfikir jika roh kita yang dijadikan Allah tidak sampai ke jasad semasa proses tidur? Jika kita terfikir sejenak bahawa jika sesuatu nikmat Allah yang tersirat dan tersurat itu ditarik balik oleh Allah sendiri, maka hilanglah satu bentuk kenikmatan pancaindera yang kita tidak tahu kesan kehilangan nikmat itu terhadap hidup kita.

Seseorang wakil MPP yang ingin melobi jawatan tertinggi dalam majlis tertinggi MPP mengalami kesukaran mendapat pengaruh dan pencalonan yang tertinggi dalam majlis tersebut. Walhal, pada pengetahuannya sendiri, ia langsung tidak pernah merasa kepimpinan yang bakal dihadapinya itu. Lebih-lebih lagi, ia langsung tidak mengenali siapa kawan dan siapa lawan dalam organisasi tersebut. Perumpamaan ini jelas kepada kita bahawa manusia yang dijadikan Allah ini serba kekurangan. Manusia tidak sesekali mengenal dirinya sendiri melalui satu proses masa yang sangat singkat, malah bagi ia mengenali dirinya sendiri mengambil masa puluhan atau ratusan tahun ditambah juga dengan tempoh masa hayatnya yang begitu singkat. Oleh yang demikian, Jangan la kamu menyangka api yang bahang dengan kepanasan dan nyalaan yang liar terangnya, tidak rasa panasnya dan tidak pula rasa perit bila menyentuhnya.

Hidup la dengan keadaan yang sederhana. Jangan la sesekali kita melebihi batasan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Seseungguhnya Allah lebih mengenal dirimu siapa dari kamu mengenali dirimu sendiri. Segala bentuk ilmu dan pengalaman mengajar kamu apa erti kehidupan malah dirimu yang serba lemah itu tidak memungkinkan kamu menjadi bakal engineer ataupun doktor ataupun pensyarah dan sebagainya jika kamu mampu mengorak langkah menggerakkan cita-cita yang kamu impikan. Walaubagaimanapun, letaklah dirimu ditempat yang paling hina, dan beramal dengan secukupnya kepada Allah swt. Seseorang yang dicampakkan kedalam gua yang gelap dan gelita, tidak mungkin dapat keluar jika tiada usaha dan ilmu untuk mengeluarkan dirinya itu, tetapi jika seseorang yang sebegitu susah terperangkap dalam gua dengan penuh keyakinan keimanan pada Allah dan berjiwa besar untuk melaksanakan yang terbaik untuk dirinya sendir, maka mudahlah ia mengeluarkan dirinya sendiri dari terperangkap selama-lamanya didalam gua tersebut.

Letakkan la prinsip dan tatacara hidup yang sebaiknya. Semoga kamu memperoleh keredhaan disisi rahmat Allah yang tidak kunjung malapnya. wallahualam.
Ukhwah Filla Abada Abadan..
1:13 AM | Author: IsLaM uNiTe

Inilah selogan yang sering menjadi mainan dimulut umat islam zaman sekarang. Ukhwah yang disebut-sebut menimbulkan rasa kenikmatan bersaudara sesama muslim malah menjadi lambang kekuatan kepada umat islam dunia sekarang. Ukhwah yang dibentuk dengan fikriah islam mampu merombak aliran dunia menghayati perjuangan mendaulahkan islam dimuka bumi ini. Tambahan pula, Ukhwah sesama mu'min sebenarnya terhasil dari ikatan-ikatan hati yang dibentuk untuk mengabdikan diri kepada Allah bukan sahaja kepada pertemuan semata-mata malah ikatan kasih sayang yang terjalin sesama mu'min dengan akidah yang kukuh dan berterusan sampai bila-bila mampu menjana persahabatan yang berkekalan sampai ke akhir hayat.

Al-Imam As-Syahid pernah berkata: "yang saya maksudkan dengan ukhwah (persahabatan) ialah hati dan jiwa terikat dengan ikatan aqidah. Aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan bernilai. Ukhwah adalah saudara iman, sementara perpecahan pula adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan dan tidak ada perpaduan tanpa kasih sayang. darjat kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan jiwa terhadap saudara seislam dan darjat yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain dari diri sendiri".

Rasulullah saw bersabda:
"Perbandingan orang-orang mu'min dalam erti kata kasih sayang mereka, dalam erti kata belas kasihan mereka sesama mereka, dan dalam erti kata bertimbang rasa simpati mereka adalah laksana badan yang satu; iaitu apabila mana-mana anggota mengadukan hal maka turut menanggungnya seluruh badan dengan berjaga malam merasai demam".


Dalam pembentukan ukhwah sesama muslim, kita seharusnya melaksanakan beberapa perubahan dan merancang stratergi bagaimana hendak melahirkan umat islam yang bersatu padu tanpa berlaku sebarang pergaduhan. Tugas menziarah menjadi elemen terpenting dimana menziarah sahabat yang sihat ataupun sakit mampu mengeratkan ukhwah malah melahirkan rasa perihatin sesama mu'min. Lebih-lebih lagi, sentiasa menasihati sesama mu'min dan tidak memandang rendah terhadap saudara yang dinasihati mengeratkan lagi rasa sayang dan cinta sesama sahabat. Malah, terdapat 1001 macam cara untuk mengembalikan serta mengikat ukhwah sesama mu'min. Dengan kecanggihan era kemodenan sekarang, tugas menghubungi sesama mu'min hendaklah kerap dilaksanakan dan seharusnya melaksanakannya dengan batasan dan landasan syariat islam. Firman Allah swt:

"Dan sesiapa yang dipelihara dari kebathilan dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung"

Seseorang sahabat yang benar merasakan saudaranya lebih utama dari diriya sendiri kerana sekiranya beliau tidak bersama mereka, sudah tentu beliau tidak akan bersama dengan orang lain. Sementara saudara-saudaranya, sekiranya tidak bersama beliau, mereka tentu akan bersama orang lain. Sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang terpisah dari kumpulannya. Orang mukmin dengan orang mu'min yang lain diibaratkan seperti binaan yang saling kukuh mengukuh diantara satu sama lain.


Kita boleh lihat perubahan global jika konsep persaudaraan itu dapat diamalkan mengikut cara dan batasan islam. Sesebuah ummah disetiap pelusuk dunia yang bersatu mampu menggegarkan dunia dengan kalimah tayyibah malah menjadikan umat islam kuat dengan kekuatan yang luar biasa. Tambahan juga, Masyarakat kafir akan gerun dengan kekuatan yang sedia ada dan berundur daripada menjatuhkan islam dimuka bumi Allah ini. Oleh yang demikian, kita sebagai umat islam hendaklah berusaha bersungguh-sungguh menyatukan umat islam dengan ukhwah islamiyyah kerana dengan kekuatan terjalin mampu menaikkan nama islam serta mengembalikan zaman sahabat r.a yang bersatu dengan hati yang teguh kerana Allah dalam bersatu dengan orang islam lain membawa konsep tauhidullah yang tidak berbelah bahagi.

Khamis, 16 okt - Pada hari ini kita dapat lihat proses pengundian yang dilakukan oleh mahasiswa dan mahasiswi Utem menampakkan kesungguhan mereka dalam memilih bakal pimpinan mereka untuk pemerintahan kabinet baru selama setahun di University Teknikal Malaysia Melaka. Proses pilihanraya kali ini di pengerusikan oleh yang berusaha Prof Zulkifli, dekan HEPA menunjukkan perubahan sistem pilihanraya kampus yang dahulunya dilaksanakan dengan menggunakan sistem komputer yang corrupt dan kali ini menunjukkan kepada ketelusan sistem itu sendiri.

Proses pilihanraya yang tidak sampai seminggu mencerminkan imej hak kebebasan bersuara masih lagi diamalkan oleh mahasiswa/siswi utem. keghairahan yang ditonjolkan oleh para mahasiswa dalam proses pengundian masih lagi dibataskan dengan undang-undang university tanpa berlaku sedikitpun rusuhan atau campur tangan pihak luar. Utem juga masih baru dalam proses pilihanraya nya kerana baru ke-6 diadakan proses mengundi ini.


Keputusan pilihanraya kampus bagi kerusi fakulti yang bertanding untuk memegang tampuk exco-exco dalam MPP. Bagi fakulti pembuatan, 3 pencalonan menang tanpa bertanding iaitu Mohd Ridhwan bin Salamon, NurDiyana Binti Suparman, Alagandrian a/l Agapan. Turut dimaklumkan bahawa bilangan pelajar yang keluar mengundi adalah sebanyak 52.94% pelajar turun untuk mengundi mencapai sasaran yang memberangsangkan melebihi apa yang disasarkan. Untuk keputusan pilihanraya bagi 4 calon dan memenangi adalah 3 calon Fakulti elektrik adalah Nik Mohd Fakruddin 470, MOhd Naqib 449, Mohd Azahari 432, manakala 3 daripada 4 percalaonan daripada Fakulti Eloktronik Komputer adalah Mohd Zaki bin Mustafa 597, Syafiqah 545, Nurasyikin 454. Tambahan pula, bagi fakulti Mekanikal adalah Mohd Taufiq 555, Mohd Fitri 528, Wee Teng 343.

Keputusan 9 calon yang bertanding dan 7 calon yang menang untuk kerusi Umum memegang tampuk pimpinan sebagai Majlis tertinggi MPP adalah Nur Diyana 2589, Mohd Azuan 2553, Nik MOhd Afiq 2376, Mohd Toriq 2350, Nur Farah 2267, Mohd Saiful Nizam 2217, Zulhilmi 2146. Pihak yang memenangi kerusi pencalonan MPP ini dituntut untuk melaksanakan yang terbaik seperti yang telah dijanjikan dalam manifesto. Sesungguhnya seseorang pemimpin itu diibarat satu kaki kanannya di syurga dan satu kaki kirinya di neraka. Tugas menjadi khalifah yang teratas mempunyai tanggungjawab dan peranan yang terbesar menaikkan nama islam malah melaksanakan hukum hakimiat islam dengan baik dan adil.

Marilah kita sama-sama berdoa dan berharap agar Allah swt memberikan kekuatan kepada kita semua untu meletakkan thiqah (kepercayaan) yang terbaik kepada pimpinan baru kita. Wallahualam.
Fikrah: Kepimpinan mengikut cara islam
2:13 AM | Author: IsLaM uNiTe


Dalam pembentukan negara islam yang baik, seseorang pemimpin hendaklah mempunyai nilai yang disebut sebagai 'Quwwah' dan 'Amanah'. Kepimpinan yang terbentuk dalam individu pemimpin itu hendaklah selari dengan landasan fikrah islamiyyah kerana dengan fikrah islam, sesebuah negara yang dipimpinnya sentiasa berada dalam perundangan dan kehakiman Allah swt. Imam Syafi'i rahimahullah berkata bahawa Allah swt telah berfirman:

"Hai dawud! sesungguhnya kami menjadikan kanzu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) diantara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikut hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan" (surah Sod 38:26)

Tambahan juga, mewujudkan kepimpinan yang diredai Allah dituntut oleh syarak berdasarkan ijma' ulama'. ayat-ayat dan akhbar diantaranya:
1. "Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan dan menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari munkar mereka itulah orang-orang yang beruntung" (surah Al-Imran:104)
- Imam al-Ghazali menerangkan bahawa perkataan "hendaklah ada diantara kamu" merupakan perintah yang zahirnya menunjukkan wajib. "Mereka itulah yang beruntung" menunjukkan tugas tersebut merupakan fardu kifayah bukan fardu ain iaitu bilamana sebahagian umat melaksanakannya terlepaslah kewajipan ke atas yang lain.
2. Rasulullah S.a.w bersabda: "wahai manusia, Allah berfirman menyuruh kamu melakukan yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar. Sebelum kamu berdoa di mana tidak dimakbulkan permohonan tersebut" (hadith riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi)

Suatu perjuangan yang diberi nama perjuangan islam hany diakui bilamana perjuangan itu digerakkan oleh iman dan amal salih oleh para pemimpinnya sama ada perjuangan itu dalam bentuk kebajikan, ekonomi, ilmu pengetahuan, politik, kemasyarakatan dan lain-lain. Rasulullah pernah bersabda: "sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya. Siapa yang berhijrah kepada dunia atau wanita yang dicintai olehnya maka ia berhijrah kepada yang menjadi tujuannya".

Sama ada seseorang itu menjadi amir, mufti, qadi(hakim) dai'e atau seorang yang dikenal pada hari ini sebagai menteri, wakil rakyat, penghulu, dan lain-lain lagi, ia haruslah tertakluk kepada syarat-syarat khas dan am yang berkaitan dengan tugas dan jawatan masing-masing. Diantara syarat menjadi pemimpin diantaranya ialah:
1. Muslim, akil baligh dan lelaki.
2. Adil. ertinya tidak fasik seumpama tiak meninggalkan solat dan beramal apa yang ia ketahui.
3. Berilmu. ertinya ia mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardu ain dan fardu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang ma'ruf dengan yang munkar.
4. Mempunyai qudrat atau kemampuan. ertinya mampu bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan samada mengggunakan tenaga, perkataan, tulisan dll.
5. Beradab mengikut akhlak islam. ertinya seseorang pemimpin haruslah mampu memberi contoh teladan mengikut akhlak islam kepada din dan orang yang dipimpinnya.
6. Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan.

Oleh yang demikian, seseorang pemimpin perlulah memiliki ciri-ciri serta watak kepimpinan itu selari dengan ajaran islam malah ia memahami Al-Quran dan Al-sunnah dalam melaksanakan tugasan hariannya. Seseorang pemimpin bukan terhad kepada negara, malah pada agama, bangsa dan negara. Kekuatan yang dimiliki oleh seseorang qiadah/pimpinan terletak kepada keimanan dan ketaqwaan yang teguh kepada Allah.

Jika semua pemimpin dunia adalah islam, maka hukum Allah berjaya ditegakkan sedangkan jika dunia dipimpin oleh orang bukan islam, maka terjadilah permasalahan serta kucar kacir dalam negara tersebut kerana undang-undang Allah tidak ditegakkan dimuka bumi Allah.

Dalam kehidupan seseorang individu jemaah, ia perlu sedar tentang pentingnya Mabadi' iaitu prinsip-prinsip yang jelas bukan kepada Asyakhs (peribadi) semata-mata. Dalam melaksanakan konsep dakwah secara syumul, ahli perlulah mengetahui bahawa tindakan membina sesebuah tanzim haraki ataupun jalan dakwah secara fardi atau jamaie, perlulah kepada kefahaman yang kukuh dan berdiri diatas prinsip yang satu untuk menegakkan syariat dan syiar Allah dimuka bumi ini. Jika seseorang dai'e melaksanakan tuntutan dakwahnya mengikut kepada keperibadian seseorang, maka ia akan mengakibatkan budaya taksub serta pemahaman terhadap jalan dakwah bergantung kepada hujah atau kata-kata yang dikeluarkan oleh individu itu yang tidak diketahui kesahihan matlamatnya dan caranya dalam perjuangan di medan dakwah.

Jamaah juga perlulah menanam sikap dikalangan ahli-ahlinya supaya tidak fanatik kepada individu-individu (asykhas) tetapi hendaklah berpegang kuat kepada prinsip-prinsip dan dasar, kepada isi bukan kepada bentuk lahirnya, kepada perjuangan bukan kepada kumpulan, kepada apa yang dinamakan bukan kepada nama. Dalam perjuangan yang ditunjukkan oleh Mus'ab ibn Umayr, daripada Ibrahim Ibn Muhammad ibn Syurahbil al'Abdari daripada bapanya menyebut tentang perjuangan Mus'ab pemegang panji islam telah syahid disebabkan menahan jihadnya bukan disebabkan faktor individu Rasulullah itu sendiri tetapi kepada islam yang agung. ia menyebut dalam medan perang "Muhammad itu tiada lain hanyalah seorang Rasul, yang sebelumnya telah didahului olehnya beberapa Rasul".

Allah swt berfirman:
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik kebelakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik kebelakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun" (surah Ali-Imran:144)

Al-Ustaz Sayyid Qutb sewaktu mentafsirkan ayat ini menyebut:
"seseungguhnya da'wah itu lebih besar daripada dai'nya, dan lebih kekal daripada dai'nya. Para da'i datang dan pergi, tetapi da'wah kekal di setiap generasi dan kurun. dan tetap kekal pengikut-pengikutnya yang berhubung dengan sumber yang awal (iaitu) yang mengutus rasul-rasul bersama-samanya dan dialah yang kekal - subhanahuwata'ala - yang telah mendatangkannya kepada orang-orang yang beriman. Dan tidak dibolehkan seseorang pun daripada mereka kembali kebelakang dan murtad daripada petunjuk Allah. Sesungguhnya Allah itu tetap hidup dan tidak mati"

Oleh yang demikian, perlulanya ahli zaman sekarang dan akan datang untuk perbetulkan niat serta bersungguh-sungguh menghayati perjuangan islam itu sendiri. Jangan seseorang individu itu lalai daripada mengingati Allah dan Rasul serta perjuangan islam yang syumul ini semata-mata mengambil seseorang itu sebagai qudwah nya yang pada akhirnya orang itu tiada dan menggugat semangatnya untuk terus berjuang pada jalan Allah.

Tambahan pula, pimpinan perlu menerapkan tarbiyah yang mencukupi bagi ahli untuk menilai sejauh mana pembawaan seseorang individu itu dikalahkan dengan keimanan, ketaqwaan serta prinsip yang teguh terhadap jalan dakwah yang perlu dilaluinya. Qiadah sebagai pemimpin yang tinggi dalam tanzim hendaklah memainkan peranan mereka sebaik-baiknya supaya penyelesaian yang diputuskan adalah disebabkan oleh nas, ijma'ulama' ataupun ijtihad Qiadah yang berlandaskan kepada maslahah menurut kaedah-kaedah usul fiqh.

Ingatlah bahawa walaupun ahli bergerak dalam jamaah didunia ini tetapi mereka akan diperhitungkan kelak secara individu oleh Allah swt. Oleh itu, perjuangan islam adalah kerana da'wah itu ialah prinsip yang wajib dilaksanakan.

TaZkIrAH :

Allah Ta'ala berfirman:

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, supaya hati mereka itu khusyu' untuk mengingat-ingat kepada Allah dan kebenaran yang turun kepada mereka itu - yakni al-Quran. Janganlah mereka itu berkeadaan yang serupa dengan orang-orang yang telah diberi kitab-kitab pada masa dahulu - sebelum mereka, tetapi mereka telah melalui masa yang panjang, kemudian menjadi keraslah hati mereka tersebut - yakni enggan menerima kebenaran." (al-Hadid: 16)