Riuhsepi dingin dinihari Kumamah kalimah mengharap redha Illahi Sepajang hari meletakkan zahiri dan batini Di atas waras iman dijelajahi ~~~~~~~ Kujelajahi kegelisahan yang dahaga Letih meniti hari mengutuh peribadi Tangkas menepis serangan sendiri Musuh dan lawan mengharum suci ~~~~~~~ Ketika siap berbuka Kemenangan pula dahagakan cabaran lain Tarawih dan witir menjelmakan insan fakir Khusyuk patuh tunduk ke langit ~~~~~~~ Ramadan almubarak Semarak kasih Illahi tak kemarau Gemuruh iman menakluk cahaya pedoman Hari-hari melayari kehidupan.
Dpd: HASYUDA ABADI
|
This entry was posted on 10:19 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, supaya hati mereka itu khusyu' untuk mengingat-ingat kepada Allah dan kebenaran yang turun kepada mereka itu - yakni al-Quran. Janganlah mereka itu berkeadaan yang serupa dengan orang-orang yang telah diberi kitab-kitab pada masa dahulu - sebelum mereka, tetapi mereka telah melalui masa yang panjang, kemudian menjadi keraslah hati mereka tersebut - yakni enggan menerima kebenaran." (al-Hadid: 16)
Ini merupakan 'aqidah pokok yang amat besar dan mempunyai kesan yang amat mendalam dalam seluruh hidup manusia, iaitu 'aqidah pokok mempercayai hari Akhirat. Kata-kata "yang menguasai atau penguasa" membayangkan darjah kuasa yang paling tinggi. "Hari Pembalasan" ialah hari penentuan balasan di Akhirat. Ramai orang yang percaya kepada Uluhiyah Allah dan percaya bahawa Allahlah yang menciptakan 'alam buana ini bagi pertama kali, namun demikian mereka tidak percaya kepada Hari Balasan. keperihalan setengah-setengah mereka telah diceritakan oleh al- Qur'an.
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ 38. "Dan jika Engkau bertanya mereka: "Siapakah yang telah menciptakan langit dan bumi, nescaya mereka menjawab: "Allah". (Az-Zumar)
Kemudian dalam surah yang lain al-Qur'an menceritakan hal mereka:
2-3. "Bahkan mereka hairan kerana mereka telah didatangi seorang Rasul yang memberi peringatan dari kalangan mereka sendiri, lalu berkatalah orang-orang kafir: "Ini adalah suatu perkara yang amat aneh. "Apakah setelah kami mati dan menjadi tanah (kami akan dihidupkan kembali)? Itu adalah suatu perkembalian yang amat jauh." (Surah Qaf)
HaDiS 40 (ke-6):
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim
0 comments: