IDEA: "Manusia moden pantas bergerak..?"
9:37 AM | Author: IsLaM uNiTe


Dalam urusan seharian manusia kini, banyak perkara yang dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan. Keunikan teknologi serta cabaran IT membenarkan manusia kini melangkah maju kehadapan dalam segenap aspek baik dalam urusan kehidupan seharian mahupun urusan-urusan kerja dan persekolahan. Lebih-lebih lagi, penggunaan terhadap sesuatu teknologi dapat dikuasai dengan lebih mendalam menjadikan satu medan ilmu tanpa sempadan.

Saya ingin membuka minda masyarakat sekarang tentang pentingnya sesuatu teknologi dalam urusan kita sekarang dan apa tindakan kita dalam mengaplikasikan teknologi tersebut supaya ia sejajar dengan syariat islam. Islam mengajar umatnya untuk sentiasa bersifat maju dan sejahtera. Teknologi kini menjadi satu kebanggaan umat islam dalam merealisasikan kehidupan yang lebih selesa dan mudah. Tambahan pula, teknologi yang didapati kini lebih mudah digunakan baik di peringkat golongan tua mahupun muda.

Umat islam perlu sedar bahawa teknologi membawa seseorang kehadapan dengan lebih jauh dan pantas. Kini, bila dipersoalkan tentang kejauhan sesebuah perjalanan, masalah itu mudah sahaja diselesaikan iaitu dengan menaiki kereta, kapal terbang dll. Tiada alasan lagi bagi seseorang umat islam meletakkan faktor jauh untuk ponteng hadir ke surau mengerjakan ibadah ataupun gagal mencari rezeki dikota. Dengan kenderaan sahaja, manusia mudah untuk berlindung dibawah cuaca yang berubah, bergerak beratus-ratus kilometer malah menjadikan kenderaan mereka itu sebgai rumah untuk mereka tinggal dan menetap.

Lebih-lebih lagi, teknologi seperti komputer riba, internet, dan segala teknologi media massa yang lain, membolehkan umat islam menyampaikan risalah islam dengan baik dan flexible (anjal) melalui segenap aspek teknologi. Dengan penggunaan internet sahaja, umat islam dapat berkongsi idea dengan sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Malah, umat islam mampu mengarang dan mencurahkan idea tentang kebaikan islam kepada semua dengan tangkas dan berkesan. Oleh sebab itu, umat islam sekarang perlu berjiwa saing untuk membantu golongan mutakhir kini yang dahagakan ilmu dan pengalaman.

Ingin juga saya ketengahkan beberapa faktor penghalang bagi seseorang individu untuk tidak menyebarkan risalah islam ditengah peningkatan teknologi kini. Diantara faktor yang menyebabkan kurangnya umat islam mendahului teknologi yang mereka perlihatkan adalah:
  1. Disebabkan oleh masa yang mereka perolehi. Umat islam zaman sekarang gemar memberi alasan masa untuk mereka berhenti melakukan pekerjaan yang baik dimana masa mereka amatlah terhad untuk urusan dunia yang lain. Pada hakikatnya, dalam urusan menyebarkan atau menimba ilmu islam menggunakan teknologi tidak memerlukan masa yang panjang bahkan cukuplah 5 minit diperuntukan untuk mempelajari ilmu yang baru.
  2. Disebabkan oleh wang dan keupayaan. Umat islam menyangka bahawa untuk memiliki sesetengah teknologi perlukan duit yang banyak melebihi keupayaan mereka. Ini adalah suatu yang salah kerana Rm2 cukup bagi umat islam untuk melayari internet di cybercafe selama 1jam mencari sumber bahan ilmiah dll. Banyak kita lihat umat islam meletakkan kayu ukur wang untuk menolak dakwah yang memberikan mereka ganjaran pahala yang tinggi.
  3. Disebabkan oleh ketandusan ilmu. Umat islam tidak seharusnya mengkatamkan sebuah buku dahulu ataupun berpuluh buah buku untuk menulis sesebuah artikal. Umat islam boleh juga mengambil sedikit artikal dari sumber yang sahih di internet untuk disampaikan melalui sms/mms/dll. Malah, sebarang masalah ilmu boleh diselesaikan dengan bertanya kepada mereka yang lebih arif dalam sesuatu isu/topik.
  4. Disebabkan oleh tiada keikhlasan dihati. Umat islam perlu ikhlas dalam mengerjakan sesuatu amalan baik secara individu mahupun berkumpulan. Keikhlasan seseorang itulah yang menjadikan seseorang mukmin itu dicintai Allah. Allah tidak memandang kepada hasil sesuatu pekerjaan, tetapi Allah swt memandang kepada usaha/langkah untuk setiap sesuatu perubahan.
Oleh yang demikian, marilah kita semua memanafaatkan teknologi yang kita pelajari agar semua kehidupan umat islam dan manusia sejagat dapat kita bantu untuk lebih maju dan sejahtera dibawah naungan islam. Wallahualam.
|
This entry was posted on 9:37 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

TaZkIrAH :

Allah Ta'ala berfirman:

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, supaya hati mereka itu khusyu' untuk mengingat-ingat kepada Allah dan kebenaran yang turun kepada mereka itu - yakni al-Quran. Janganlah mereka itu berkeadaan yang serupa dengan orang-orang yang telah diberi kitab-kitab pada masa dahulu - sebelum mereka, tetapi mereka telah melalui masa yang panjang, kemudian menjadi keraslah hati mereka tersebut - yakni enggan menerima kebenaran." (al-Hadid: 16)