Assalamualaikum w.b.t
Salam ukhwah wa mahabbah kepada semua pembaca blog saya. Dalam blog saya, ingin saya berkongsi maklumat, cerita-cerita, perkaitan-perkaitan yang sesuai untuk kita perdengarkan dan perlihatkan. Isu yang saya ingin bangkitkan adalah bertemakan kehidupan seorang manusia di muka bumi ini. Menjelaskan segala perkaitan hidup seperti makanan, asas keperluan hidup dan lain-lain untuk kita sama-sama menimba ilmu dan berkongsi pendapat sesama kita.
Terlebih dahulu, sebagai muqaddimah, ingin saya menceritakan tentang generasi pemuda dan perubahan. Dalam buku "Generasi Pemuda dan Perubahan" karangan Ustaz Fathi Yakan, menyebut bahawa perubahan merupakan cogan kata yang kerap dikemukakan pada masa mutakhir ini oleh pihak-pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai Aliran Revolusi. Marxisme adalah merupakan aliran yang paling menonjol sekali mempercayai bahawa perubahan itu mesti berlaku secara kekerasan. Marx secara terang-terangan telah mengemukakan pandangannya terhadap cara (uslub) yang seharusnya diambil oleh gerakan komunis dalam melakukan perubahan sosial dan mengubah kapitalisme.
Pemuda dalam hubungan ini adalah medan yang subur untuk digunakan oleh semua aliran yang mempercayai stratergi perubahan ini. Revolusi dan Coup-de-tat yang telah berlaku dan akan berlaku diseluruh dunia akan meletakkan asasnya kepada pemuda-pemuda dalam usaha mencapai tujuan mereka itu.
Menurut islam, setiap manusia ada peranannya. Setiap peranan harus diberikan haknya, tanpa ada rasa sensatif tanpa ada pertentangan. mengikut asas-asas dan kaedah-kaedah berikut:
- Dirahmati Allah seorang yg mengenal batas dirinya dan dia melakukan apa yang sepatut dilakukannya.
- Bukan dari kalangan kita mereka yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihani anak-anak kecil.
- Kebenaran itu diterima walaupun datangnya dari seorang anak kecil atau orang tua walaupun ianya kerabat jauh yang tidak disukai, sementara kebatilan itu ditolak walaupun datang dari anak kecil atau orag tua yang dekat lagi dikasihi.
Allah swt berfirman:
Dikembalikan kepada umur yang paling lemah (pikun), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Kuasa. (16:70)
Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sebenarnya, matlamat utama persiapan pemuda-pemuda Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya 'Qawamah' (penguasaan) islam terhadap masyarakat dan dunia. ini memerlukan tugas para pemuda Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam.
Perubahan Islam yang dicita-citakan itu bukanlah satu falsafah yang berbelit-belit. Ia merupakan falsafah perubahan sepertimana dalam kata-kata Rubi'e bin 'Amir kepada Rustam, ketua angkatan bersenjata Parsi, apabila ditanya sebab kemaraan orang-orang islam:
"Allah mendatangkan kami bagi mengeluarkan hamba-hamba (manusia-manusia)
Perubahan Islam mempunyai ciri-ciri aqidah dan akhlak yang berbeza dari aliran-aliran perubahan lain di dunia. 'manhaj' haraki dan 'uslub' perubahan. Antara ciri-cirinya:
Bentuk manhaj bagi persediaan pemuda islam adalah:
- Perubahan Islam secara menyeluruh.
- Perubahan Berperikemanusiaan.
- Persediaan dari segi pemikiran yang cukup matang dengan ilmu yang mendalam.
- Persediaan dari segi kejiwaan menggunakan naluri dan kecenderungan mengikut hukum syara'.
- Persediaan dari segi haraki (pergerakan).
1 comments:
Salam..1 perkembangan baik bagi seorang penulis muda..
Sedikit komen,
Aspek tatabahasa perlu diperbaiki dari masa ke masa kerana ia untuk bacaan umum dan pembaca sebenarnya akan menilai dari pelbagai aspek terhadap tulisan blogger. Contohnya penggunaan angka 2 ganti kepada '-' adalah tidak sesuai..dan beberapa kesalahan lain yang boleh disemak semula.
Isi dan penghuraian baik bagi peringkat awal dan lebih cantik jika aspek tatabahasa dititikberatkan..
Selamat menulis..=)