Motivasi Diri: “Ku Bukan Insan Yang Lemah”
3:45 AM | Author: IsLaM uNiTe


Saban hari, diriku kini dihimpit dengan kerja-kerja yang bertimbun-timbun dari semasa ke semasa. Tanpa ku sedari, hal ini menyebabkan diriku begitu tertekan dengan suasana yang kelam kabut dan tidak tersusun. Apakah diriku ini sebagai alat menaip yang ditugaskan untuk menyiapkan kerja-kerja yang diberi oleh para pensyarah? Atau diriku ini merupakan computer yang mempunyai ‘harddrive’ untuk menyimpan segala informasi yang ku miliki sewaktu kuliah? Ku merenung jauh perjalanan hidupku dengan tenang selepas menunaikan solat farduku. Aku meneliti setiap inci ruang yang ku habiskan melaksanakan tuntutan fardu kifayah yang sudah ku laksanakan dan bakal ku laksanakan.

Ibuku pernah menasihatiku, malah ayahku sering mendorongku untuk melaksanakan yang terbaik dalam hidupku. Tetapi, aku gagal menghayati tuntutan mereka dengan menzalimi diriku dengan tidak mengatur strategi yang sewajibnya dalam melaksanakan kerja-kerja yang telah diberi. Aku bukan insan yang lemah. Aku sering berdoa pada Allah Rabbul Jalil, untuk memperkuatkan diriku ini. Walaubagaimanapun, aku sedari, ilmu akademik begitu tidak mencukupi untuk aku menjadi insan yang hebat. Aku perlukan perancangan dan perencanaan semasa, malah paling penting aku memerlukan ilmu untuk mengenal Penciptaku malah belajar merencanakan hidupku dengan baik mengikut ad-deen islam. Dalam firman Allah:

“Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan kepada hamba-Nya agar ia menjadi peringatan kepada seluruh alam” (Al-Furqan: 1)

Aku mendapati, setiap permasalahan yang kuhadapi sekarang ini mengakibatkan diriku mudah lari dan tersasar jauh dari focus dan matlamat sebenar diriku sebagai hamba dan khalifah Allah dimuka bumi ini. Harapan yang ku luahkan pada sekeping kertas dan kutampalkan pada dinding meja ‘study’ ku kian kabur dan musnah. diriku sebenarnya bercita-cita untuk menjadi anak yang soleh, mampu mendapat gred yang tinggi dalam peperiksaan, menjadi insan yang muttaqin dan ubudiyyah pada Allah dan diriku berhasrat juga agar ku menjadi insan yang hebat dalam jemaah. Tapi kadang kala, walaupun ia diuraikan pada sekeping kertas, masih lagi diriku luput untuk melaksanakan setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadaku. Walaubagaimanapun, Aku masih lagi mengingati pesanan Allah swt dalam surah Ali ‘Imran: 110 yang bermaksud:

‘Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia, kamu menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan kamu beriman kepada Allah’

Didalam ayat ini, Allah swt memberikan sesuatu ‘guide line’ pada diriku sebagai pendokong agama Islam yang mempunyai tanggungjawab dan juga matlamat. Tidak sia-sa diriku sebenarnya kerana aku mempunyai kekuatan yang telah diberikan Allah seperti ayat diatas dan seperti didalam firmanNya yang lain di dalam Al-Quran.

“Orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah perbuatan munkar dan kepada Allah kembali segala urusan” (Al-Hajj:41)



Diriku kini betul-betul yakin bahawa aku tidak perlu lagi berpegang pada peraturan manusia, malah paling penting adalah diriku dengan penciptaku. Teringatku pada pesan junjungan Rasulullah saw:

“Dan barangsiapa diantara kamu yang hidup nanti akan melihat perselisihan yang banyak, maka peganglah kamu dengan sunnahku dan sunnah khulafa’ ar-rasyidin. Gigitlah ia dengan gerahammu kuat-kuat dan takutlah kepada hal-hal yang diada-adakan” (Abu Daud, Tirmidhi, Ibn Majah)

Aku yakin dan percaya, bahawa dalam setiap masalah yang ku hadapi, pasti akan ku cuba lalui dengan kitab dan panduan yang telah ditetapkan Allah swt. Aku tidak perlu takut, malah aku Cuma perlu ikut landasan syariat yang sebenarnya, mengatur tugasan dengan sebaiknya, menjadi orang yang hebat ditarbiah dan mentarbiah. Semoga Allah memperkuatkan diriku dengan keimanan dan ketaqwaan yang kuat dan teguh. Wallahualam.
|
This entry was posted on 3:45 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

TaZkIrAH :

Allah Ta'ala berfirman:

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, supaya hati mereka itu khusyu' untuk mengingat-ingat kepada Allah dan kebenaran yang turun kepada mereka itu - yakni al-Quran. Janganlah mereka itu berkeadaan yang serupa dengan orang-orang yang telah diberi kitab-kitab pada masa dahulu - sebelum mereka, tetapi mereka telah melalui masa yang panjang, kemudian menjadi keraslah hati mereka tersebut - yakni enggan menerima kebenaran." (al-Hadid: 16)