Berakhirlah sudah sesi perbincangan yang cukup lama dan matang. Pada harini, aku masih lagi berdiri dengan serba kekurangan terutama dalam bidang yang ku ceburi. Setiap hari aku memotivasikan diriku untuk berusaha tanpa memikirkan penat dan lelah, tetapi ia semua cuma angan-angan yang ku mainkan atas sebuah kertas 'notepad' di sebelah katil ku.
Perbincangan kali ini banyak menyentuh tentang cara bekerja dan sistem pengurusan. Aku suka sangat dengan perbicangan kali ini. Bila ia berkaitan pengurusan, aku sorang je yang berteriakkan ingin mengeluarkan pandangan atau pendapat. Maka, segala ramuan yang aku keluarkan dan semua audience terbeliak tengok cara aku bercakap dan melontarkan idea. Bayangkan, aku sudah lama memegang jawatan-jawatan besar di sekolah dan di kampus. Semua guru-guru ku mengenaliku, termasuk kawan-kawan sekelas dan juga teman wanita ku. Terasa bangga dan megah dengan anugerah tuhan yang dikurniakan kepadaku.
Setiap kali pulang kerumah, ibu bapa ku orang yang pertama mendengar khabar gembira yang aku sampaikan. Mereka berulang kali mengucapkan tahniah kepada ku kerana pencapaian ku dalam menguruskan persatuan yang aku duduki sekarang. "Tahniah Rasyid... kau nemang bijak" ujar ibuku dengan senyuman yang manis. lantas ayah menyambung "Teruskan usaha kau... jangan hampakan kedua ibu bapa mu" kata-kata tersebut membuatkan hatiku terdetik untuk meneruskan perjuangan ku dalam persatuan yang kududuki sekarang.
Sepulang aku ke kampus, dalam masa yang sama, 'event' yang kami perbincangkan semasa meeting yaang lepas dilaksanakan pada tarikh kepulangan ku ke kampus. Setelah mempersiapkan diri kemedan bakti, aku dapati, sahabatku sedang menunggu ku dipintu dengan mimik wajah yang kurang ceria. Aku bertanya "hai man.. kenapa dengan kau nih? kau sakit ke?" ujarku. Dibalasnya "tidak ada apa la Rasyid, cuma...." kata nya dengan mengeluh. "haaa.. apa dier?" balasku dengan rasa ingin tahu. "sebenarnya... segala perancangan kau terpaksa kami tolak bulat-bulat selepas meeting Majlis tertinggi...." jawabnya. Aku kehairanan."kenapa wahai sahabatku??". Rupa-rupanya, segala yang aku perkongsikan pada haritu gagal diaplikasikan dan semua perancangan itu retorik(angan-angan) semata-mata.
Man merupakan sahabat baik ku. Die menyedari hakikat bahawa perancangan aku ditolak, lantas sikapnya yang bijak untuk memberitahuku dahulu supaya aku tidak kecewa dengan keputusan yang diputuskan majlis tertinggi. Pada masa itu, aku mulalah bermuhasabah diri dan menyedari bahawa setiap perancangan kita buat mempunyai baik dan buruknya. Aku malu kerana aku terlalu ego mengatakan diriku yang terbaik. tetapi pada hakikatnya, diriku cuma seorang yang biasa dan sering melakukan kesilapan. Aku menyedari bahawa sebenarnya diriku masih lagi perlukan bimbingan.. wallahualam.
1 comments:
salam... yeke nama dia rasyid... pe2 pon kne bawa berbincang lah bukan memendam rasa je... wasalam