Dalam kehidupan seseorang individu jemaah, ia perlu sedar tentang pentingnya Mabadi' iaitu prinsip-prinsip yang jelas bukan kepada Asyakhs (peribadi) semata-mata. Dalam melaksanakan konsep dakwah secara syumul, ahli perlulah mengetahui bahawa tindakan membina sesebuah tanzim haraki ataupun jalan dakwah secara fardi atau jamaie, perlulah kepada kefahaman yang kukuh dan berdiri diatas prinsip yang satu untuk menegakkan syariat dan syiar Allah dimuka bumi ini. Jika seseorang dai'e melaksanakan tuntutan dakwahnya mengikut kepada keperibadian seseorang, maka ia akan mengakibatkan budaya taksub serta pemahaman terhadap jalan dakwah bergantung kepada hujah atau kata-kata yang dikeluarkan oleh individu itu yang tidak diketahui kesahihan matlamatnya dan caranya dalam perjuangan di medan dakwah.

Jamaah juga perlulah menanam sikap dikalangan ahli-ahlinya supaya tidak fanatik kepada individu-individu (asykhas) tetapi hendaklah berpegang kuat kepada prinsip-prinsip dan dasar, kepada isi bukan kepada bentuk lahirnya, kepada perjuangan bukan kepada kumpulan, kepada apa yang dinamakan bukan kepada nama. Dalam perjuangan yang ditunjukkan oleh Mus'ab ibn Umayr, daripada Ibrahim Ibn Muhammad ibn Syurahbil al'Abdari daripada bapanya menyebut tentang perjuangan Mus'ab pemegang panji islam telah syahid disebabkan menahan jihadnya bukan disebabkan faktor individu Rasulullah itu sendiri tetapi kepada islam yang agung. ia menyebut dalam medan perang "Muhammad itu tiada lain hanyalah seorang Rasul, yang sebelumnya telah didahului olehnya beberapa Rasul".

Allah swt berfirman:
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik kebelakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik kebelakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun" (surah Ali-Imran:144)

Al-Ustaz Sayyid Qutb sewaktu mentafsirkan ayat ini menyebut:
"seseungguhnya da'wah itu lebih besar daripada dai'nya, dan lebih kekal daripada dai'nya. Para da'i datang dan pergi, tetapi da'wah kekal di setiap generasi dan kurun. dan tetap kekal pengikut-pengikutnya yang berhubung dengan sumber yang awal (iaitu) yang mengutus rasul-rasul bersama-samanya dan dialah yang kekal - subhanahuwata'ala - yang telah mendatangkannya kepada orang-orang yang beriman. Dan tidak dibolehkan seseorang pun daripada mereka kembali kebelakang dan murtad daripada petunjuk Allah. Sesungguhnya Allah itu tetap hidup dan tidak mati"

Oleh yang demikian, perlulanya ahli zaman sekarang dan akan datang untuk perbetulkan niat serta bersungguh-sungguh menghayati perjuangan islam itu sendiri. Jangan seseorang individu itu lalai daripada mengingati Allah dan Rasul serta perjuangan islam yang syumul ini semata-mata mengambil seseorang itu sebagai qudwah nya yang pada akhirnya orang itu tiada dan menggugat semangatnya untuk terus berjuang pada jalan Allah.

Tambahan pula, pimpinan perlu menerapkan tarbiyah yang mencukupi bagi ahli untuk menilai sejauh mana pembawaan seseorang individu itu dikalahkan dengan keimanan, ketaqwaan serta prinsip yang teguh terhadap jalan dakwah yang perlu dilaluinya. Qiadah sebagai pemimpin yang tinggi dalam tanzim hendaklah memainkan peranan mereka sebaik-baiknya supaya penyelesaian yang diputuskan adalah disebabkan oleh nas, ijma'ulama' ataupun ijtihad Qiadah yang berlandaskan kepada maslahah menurut kaedah-kaedah usul fiqh.

Ingatlah bahawa walaupun ahli bergerak dalam jamaah didunia ini tetapi mereka akan diperhitungkan kelak secara individu oleh Allah swt. Oleh itu, perjuangan islam adalah kerana da'wah itu ialah prinsip yang wajib dilaksanakan.
|
This entry was posted on 6:12 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

TaZkIrAH :

Allah Ta'ala berfirman:

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, supaya hati mereka itu khusyu' untuk mengingat-ingat kepada Allah dan kebenaran yang turun kepada mereka itu - yakni al-Quran. Janganlah mereka itu berkeadaan yang serupa dengan orang-orang yang telah diberi kitab-kitab pada masa dahulu - sebelum mereka, tetapi mereka telah melalui masa yang panjang, kemudian menjadi keraslah hati mereka tersebut - yakni enggan menerima kebenaran." (al-Hadid: 16)