Fikrah: Kepimpinan mengikut cara islam
2:13 AM | Author: IsLaM uNiTe


Dalam pembentukan negara islam yang baik, seseorang pemimpin hendaklah mempunyai nilai yang disebut sebagai 'Quwwah' dan 'Amanah'. Kepimpinan yang terbentuk dalam individu pemimpin itu hendaklah selari dengan landasan fikrah islamiyyah kerana dengan fikrah islam, sesebuah negara yang dipimpinnya sentiasa berada dalam perundangan dan kehakiman Allah swt. Imam Syafi'i rahimahullah berkata bahawa Allah swt telah berfirman:

"Hai dawud! sesungguhnya kami menjadikan kanzu (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) diantara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikut hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan" (surah Sod 38:26)

Tambahan juga, mewujudkan kepimpinan yang diredai Allah dituntut oleh syarak berdasarkan ijma' ulama'. ayat-ayat dan akhbar diantaranya:
1. "Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan dan menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari munkar mereka itulah orang-orang yang beruntung" (surah Al-Imran:104)
- Imam al-Ghazali menerangkan bahawa perkataan "hendaklah ada diantara kamu" merupakan perintah yang zahirnya menunjukkan wajib. "Mereka itulah yang beruntung" menunjukkan tugas tersebut merupakan fardu kifayah bukan fardu ain iaitu bilamana sebahagian umat melaksanakannya terlepaslah kewajipan ke atas yang lain.
2. Rasulullah S.a.w bersabda: "wahai manusia, Allah berfirman menyuruh kamu melakukan yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar. Sebelum kamu berdoa di mana tidak dimakbulkan permohonan tersebut" (hadith riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi)

Suatu perjuangan yang diberi nama perjuangan islam hany diakui bilamana perjuangan itu digerakkan oleh iman dan amal salih oleh para pemimpinnya sama ada perjuangan itu dalam bentuk kebajikan, ekonomi, ilmu pengetahuan, politik, kemasyarakatan dan lain-lain. Rasulullah pernah bersabda: "sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya. Siapa yang berhijrah kepada dunia atau wanita yang dicintai olehnya maka ia berhijrah kepada yang menjadi tujuannya".

Sama ada seseorang itu menjadi amir, mufti, qadi(hakim) dai'e atau seorang yang dikenal pada hari ini sebagai menteri, wakil rakyat, penghulu, dan lain-lain lagi, ia haruslah tertakluk kepada syarat-syarat khas dan am yang berkaitan dengan tugas dan jawatan masing-masing. Diantara syarat menjadi pemimpin diantaranya ialah:
1. Muslim, akil baligh dan lelaki.
2. Adil. ertinya tidak fasik seumpama tiak meninggalkan solat dan beramal apa yang ia ketahui.
3. Berilmu. ertinya ia mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardu ain dan fardu kifayah sehingga dapat membezakan diantara yang ma'ruf dengan yang munkar.
4. Mempunyai qudrat atau kemampuan. ertinya mampu bertindak bagi menyelesaikan sesuatu urusan samada mengggunakan tenaga, perkataan, tulisan dll.
5. Beradab mengikut akhlak islam. ertinya seseorang pemimpin haruslah mampu memberi contoh teladan mengikut akhlak islam kepada din dan orang yang dipimpinnya.
6. Sempurna pancaindera dan sihat tubuh badan.

Oleh yang demikian, seseorang pemimpin perlulah memiliki ciri-ciri serta watak kepimpinan itu selari dengan ajaran islam malah ia memahami Al-Quran dan Al-sunnah dalam melaksanakan tugasan hariannya. Seseorang pemimpin bukan terhad kepada negara, malah pada agama, bangsa dan negara. Kekuatan yang dimiliki oleh seseorang qiadah/pimpinan terletak kepada keimanan dan ketaqwaan yang teguh kepada Allah.

Jika semua pemimpin dunia adalah islam, maka hukum Allah berjaya ditegakkan sedangkan jika dunia dipimpin oleh orang bukan islam, maka terjadilah permasalahan serta kucar kacir dalam negara tersebut kerana undang-undang Allah tidak ditegakkan dimuka bumi Allah.
|
This entry was posted on 2:13 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

TaZkIrAH :

Allah Ta'ala berfirman:

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, supaya hati mereka itu khusyu' untuk mengingat-ingat kepada Allah dan kebenaran yang turun kepada mereka itu - yakni al-Quran. Janganlah mereka itu berkeadaan yang serupa dengan orang-orang yang telah diberi kitab-kitab pada masa dahulu - sebelum mereka, tetapi mereka telah melalui masa yang panjang, kemudian menjadi keraslah hati mereka tersebut - yakni enggan menerima kebenaran." (al-Hadid: 16)