Israiliyyat adalah kata jama' bagi perkataan israiliyyah nisbah bagi Bani Israil. Israil ialah Ya'kub AS yang bermaksud hamba Allah swt. Bani Israil ialah anak-anak Nabi Ya'kub AS dan keturunan seterusnya yang lahir daripada mereka sehingga keazaman Nabi Musa AS dan para Nabi selepasnya sehingga zaman Nabi Isa AS dan zaman Nabi Muhammad SAW.

Mereka telah dikenali sebagai orang-orang Yahudi sejak dahulu lagi. Mereka beriman kepada Nabi Isa AS telah diberi nama sebagai orang-orang Nasrai. Manakala mereka beriman kepada penyudah segala Nabi pula telah termasuk didalam lingkungan orang-orang Islam dan dikenali sebagai ahli-ahli kitab yang beriman.

Allah swt telah banyak mengistilahkan mereka sebagai Bani Israil di dalam Al-Quran kerana hendak memperingatkan mereka kepada bapa mereka iaitu Nabi yang soleh supaya mereka menjadikanya sebagai ikutan dan berakhlak dengan akhlaknya.

Ia juga bertujuan supaya mereka meninggalkan keingkaran terhadap nikmat Allah swt yang diberikan kepada mereka dan kepada bapa-bapa mereka serta menghindarkan diri daripada sifat kufur keji dan kianat yang ada pada mereka.

Begitu juga Allah swt menyebut mereka sebagai orang-orang Yahudi dalam lebih dari satu ayat. Kitab orang Yahudi yang termasyur ialah Kitab Taurat. Allah swt menyebut tentangnya didalam surah al-Imran ayat 1-4:

Alif, Laam, Miim. Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).

Maksud kitab seperti, dalam firman Allah swt dalam surah al-Maidah ayat 44:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

Apa yang dimaksudkan didalam kitab ini adalah Taurat yang diturunkan oleh Allah swt sebelum berlaku penyelewengan dan perubahan. Manakala Taurat yang diubah dan diselewengkan maka tidak semua kandungannya menjadi hidayah dan cahaya terutama selepas turunnya al-Quran yang merupakan saksi dan pembatalan terhadap kitab-kitab samawi yang sebelumnya. kandugan kitab-kitab tersebut yang menjadi kandungan al-Quran adalah satu kebenaran dan kandungan yang mencanggahinya adalah kebatilan.

Antara kitab mereka juga ialah kitab Zabur iaitu Kitab Nadi Daud As dan lembaran-lembaran para Nai yang datang selepas Nabi Musa AS Taurat dan seluruh lembaran serta lain-lainnya dinamakan sebagai perjanjian lama.

Disamping kitab taurat yang berbentuk tulisan, orang-orang Yahudi mempnyai Talmud iaitu Taurat yang berbentuk lain. Talmud ialah kumpulan kaedah, pesanan dan syariat agama dan akhlak, syarah-syarah, tafsiran-tafsiran dan ajaran-ajaran yang riwayatnya dipindahkan dan dipelajari menerusi lisan dari satu ketika ke satu ketika lain. Ruang lingkup mempelajarinya menjadi semakin meluas hingga ketahap yang sangat besar sehingga susah untuk dihafal dalam ingatan.

Oleh kerana pengajian dan pembelajaran yang panjang terhadap kitab ini, untuk memelihara pelbagai pendapat dan nas-nas yang mempunyai susunan yang bermacam-macam serta kerana takut lupa dan keluputannya lantaran masa yang berlalu terutama ketika masa kesempitan dan kekacauan maka mereka yang bertugas sebagai penulis telah menulisnya sebagai satu cara pemeliharaan terhadap taurat.

Semua ini merupakan punca-punca asli bagi israiliyyat yang banyak terdapat dalam sesetengah kitab-kitab tafsir, buku sejarah, kisah-kisah dan peringatan-peringatan. Sekiranya sumber ini mempunyai kebenaran namun ia banyak mengandungi kebatilan sekiranya ia benar namun ia tetap mempunyai banyak mudharat.

Oleh itu ia membawa kepada israiliyyat. Sesetengah pengkaji meluaskan lagi ruang lingkup israiliyyat dengan menjadikannya merangkumi semua yang terkandung di dalam buku-buku pengetahuan orang yahudi dan Nasrani yang berkisar sekitar penghuraian kitab-kitab Injil, sirah perjalanan para Rasul dan sebagainya. Hanya ia dinamakan israiliyyat kerana kebanyakannya adalah datang dari ilmu pengetahuan Bani Israil atau daripada kitab-kitab mereka atau dari cerita dongengan dan batil yang mereka ada-adakan.
|
This entry was posted on 5:13 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments:

TaZkIrAH :

Allah Ta'ala berfirman:

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, supaya hati mereka itu khusyu' untuk mengingat-ingat kepada Allah dan kebenaran yang turun kepada mereka itu - yakni al-Quran. Janganlah mereka itu berkeadaan yang serupa dengan orang-orang yang telah diberi kitab-kitab pada masa dahulu - sebelum mereka, tetapi mereka telah melalui masa yang panjang, kemudian menjadi keraslah hati mereka tersebut - yakni enggan menerima kebenaran." (al-Hadid: 16)